Analisis semantik kata pinjaman Bahasa Inggeris dalam buku teks Bahasa Jepun / Roslinda Mohamad Radzi

Roslinda , Mohamad Radzi (2020) Analisis semantik kata pinjaman Bahasa Inggeris dalam buku teks Bahasa Jepun / Roslinda Mohamad Radzi. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (221Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis M.A)
    Download (1159Kb) | Preview

      Abstract

      Kata pinjaman daripada bahasa lain merupakan fenomena yang kebiasaannya dijumpai dalam banyak bahasa di dunia. Menurut Payne (2006), kata pinjaman membawa maksud penutur dalam sesuatu bahasa menganggap perkataan, morfem atau pembentukan daripada bahasa lain sebagai leksikal dalam bahasa sendiri. Kata pinjaman bahasa Inggeris yang digunakan dalam bahasa Jepun juga turut disesuaikan dalam bentuk penulisan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi melihat jenis-jenis pinjaman dan juga aspek perubahan semantik kata pinjaman dalam bahasa Inggeris yang digunakan dalam bahasa Jepun dalam buku teks Bahasa Jepun Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendekatan Myers-Scotton (2006) dan Horikawa (2013) digunakan bagi melihat jenis-jenis pinjaman dan Analisis Komponen Makna oleh Nida (1975) pula digunakan bagi mengkaji perubahan semantik dalam kata pinjaman ini. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dan dibincangkan dalam bentuk carta pai, carta bar dan jadual. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat empat jenis pinjaman yang digunakan dalam bahasa Jepun iaitu pinjaman teras, pinjaman budaya, pinjaman teras/Barat dan pinjaman teras/budaya. Pinjaman teras merupakan pinjaman yang yang paling banyak digunakan dalam buku teks bahasa Jepun. Kata pinjaman juga turut mengalami perubahan semantik iaitu melalui pengurangan makna, pemilikan makna baru dan peluasan makna.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Languages and Linguistics, Universiti Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: Katakana; Kanji; Hiragana; Bahasa Inggeris; Kata pinjaman
      Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
      Divisions: Faculty of Languages and Linguistics
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 03 Feb 2022 07:41
      Last Modified: 03 Feb 2022 07:41
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12762

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item