Amalan perancang keluarga di kalangan orang-orang Melayu: Satu kajian kes di Mukim Sabak, Sabak Bernam, Selangor / Ahmad Najib Mohd Yusof

Ahmad Najib , Mohd Yusof (1988) Amalan perancang keluarga di kalangan orang-orang Melayu: Satu kajian kes di Mukim Sabak, Sabak Bernam, Selangor / Ahmad Najib Mohd Yusof. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (20Mb) | Preview

    Abstract

    Dalam sinopsis ini, pengkaji akan melihat beberapa perkara melalui bab-bab tertentu; Bab I: Dalam bab ini pengkaji akan cuba menerangkan mengenai latarbelakag secara ringkas mengenai perancang keluarga. Selain dari itu, pengkaji akan turut menjelaskan tujuan kajian ini dilakukan dan bidang kajian. Metod-metod yang pengkaji gunakan turut dibincangkan di sini dan akhirnya pengkaji akan menjelaskan apakah masalah kajian yang pengkaji semasa menjalankan kajian ini. Bab II: Pada bab ini, pengkaji akan cuba menerangkan sejarah perancang keluarga yang terdapat di Malaysia atau dengan kata lain bilakah perancang keluarga ini diperkenlkan di Malaysia. Pengkaji juga akan menerangkan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan merancang keluarga itu kerana terdapat golongan tertentu yang salah faham mengenai difinisinya. Selain itu, pengkaji cuba menerangkan bila dan siapakah tokoh-tokoh perancang keluarga di Eropah yang melancarkan gerakan ini. Bab III: Dalam bab ini, pengkaji cuba melihat pendapat responden yang pengkaji temui mengenai apakah tanggapan mereka mengenai saiz keluarga yang ideal. Juga pengkaji akan cuba mengetahui saiz keluarga yang ideal. Juga pengkaji akan cuba mengetahui saiz keluraga yang dihajati oleh pasangan suami-isteri dan bagaimana pendapat mereka mengenai saiz keluarga yang ideal. Apakah metod-metod yang digunakan oleh responden juga akan diterangkan di sini. Pengkaji cuba melihat setakat mana faktor sosio-ekonomi mempengaruhi pengamalan perancang keluarga di kalangan orang-orang Melayu terutamanya di kawasan luar bandar. Bab IV: pada bab ini, pengkaji akan cuba membincangkan mengenai pendapat mengenai ajaran Islam mengenai perancang keluarga dan bukti-bukti sama ada Islam melarang atau membenarkannya. Juga bukti-bukti dari ayat al-Quran, al-Hadis dan pendapat para ‘ulama mengenai kaedah dan amalan perancang keluarga. Bab V: Bab terakhir. Pengkaji cuba membuat rumusan mengenai hasil kajian di mana pengkaji akan membuat kesimpulan mengenai kemajuan perancang kelaurga di Malaysia buat masa kini dan sejauhmanakah penerimaan masyarakat terhadapnya. Juga pengkaji akan cuba memberikan cadangan ataupun pandangan mengenai bagaimanakah perancang keluarga ini dapat diterima oleh orang ramai.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1987/1988.
    Uncontrolled Keywords: Perancang keluarga; Sosio-ekonomi; Masyarakat; Kesihatn; Rumah tangga
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 31 Jan 2022 02:03
    Last Modified: 31 Jan 2022 02:03
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12781

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item