Pola perbelanjaan pengguna: Satu kajian kes di Johor Bahru / Cheong Tuck Sing

Cheong , Tuck Sing (1991) Pola perbelanjaan pengguna: Satu kajian kes di Johor Bahru / Cheong Tuck Sing. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (11Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan ilmiah lni morupakan satu kajian kes lentang pola perbelanjaan pengguna kelas menengah di Taman Sentosa, Johor Bahru bagi lima tahun yang lampau dan sekarang. Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji bagaimana pengguna-pengguna menyesuaikan perbelanjaan mereka semasa menghadapi kenaikan kos hidup terutama dari segi peningkatan dalam harga barangan asas. Kajian ini cuba mengemukakan corak pola perbelanjaan responden dalam menghadapi kejatuhan dalam keupayaan mereka untuk membeli barangan yang diakibatkan oleh komerosotan dalam ringgit Malaysia jika dibandingkan dengan wang dolar Singapura. Tambahan pula, selain daripada faktor ekonomi, konteks sosio-budaya terutama di kalangan masyarakat menengah Cina perlu diberi perhatian dalam kajian ini. Kajian ini telah dibahagikan kepada enam bab untuk memberi satu gambaran yang lebih jelas dan sistematik. Bab satu merupakan satu pengenalan yang umum tentang objektif kajian ini. Ia juga membincangkan metodologi kajian. Kepentingan kajian juga masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan kerja lapangan luar (fieldwork). Bab dua pula memberi satu huraian tentang beberapa konsep serta teori yang berkaitan dengan teori perlakuan pengguna. Penggunaan konsep dan teori tentang perlakuan pengguna dapat memberi satu ‘conceptual framework’ kepada penemuan-penemuan yang terdapat dalam kajian ini. Bab tiga pula merupakan satu analisa tentang latar belakang pengguna dan juga tentang kemudahan membeli belah di tapak kajian. Ia juga menyentuh aspek-aspek seperti umur ketua keluarga, saiz keluarga responden, pekerjaan repsonden, kedudukan kewangan dan juga secara tidak langsung mengkaji juga kedudukan sosial pengguna yang mungkin mempengaruhi corak perbelanjaan. Bab empat memberi tumpuan kepada corak perbelanjaan ke atas makanan. Ia juga menganalisa tentang sebab musabab kenaikan harga barangan di Johor Bahru. Factor-faktor yang mempengaruhi harga di beberapa lokasi pasaran, kreteria yang menentukan pilihan responden tentang jenis makanan, lokasi membeli belah juga diberi perhatian. Pola pemakanan luar di kalangan responden dikaji untuk memberi sedikit penjelasan tentang aspek penyesuaian sosio-ekonomi isteri responden yang bekerja dan bagaimana ini mempengaruhi pola perbelanjaan. Bab lima adalah mengenai pola perbelanjaan responden berkenaan tentang barangan yang boleh tahan lama seperti pakaian, peralatan elektrik, perabot dan juga tentang pelajaran serta hiburan. Ia juga membincangkan tentang piliha responden di antara barangan yang diimport dan juga barangan buatan tempatan dan faktor-faktor yang menyebabkan mereka memilih demikian. Bagi kesimpulan pula, ia cuba memberi satu rumusan tentang kaitan ciri-ciri yang penting dari bab satu hingga bab lima dan memberi satu gambaran secara menyeluruh tentang penemuan dalam kajian ini. Ia juga mengemukakan beberapa cadangan yang dapat membantu bakal-bakal penyelidik dalam aspek ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1990/1991.
    Uncontrolled Keywords: Family size; Consumers; Expenditure; Household; Income
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 31 Jan 2022 02:00
    Last Modified: 31 Jan 2022 02:00
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12782

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item