Gaya kepimpinan dan cabaran pegawai polis wanita / Norizzati Mohd Jailan

Norizzati , Mohd Jailan (2020) Gaya kepimpinan dan cabaran pegawai polis wanita / Norizzati Mohd Jailan. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (170Kb)
    [img]
    Preview
    PDF (Thesis M.A)
    Download (1064Kb) | Preview

      Abstract

      Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kaedah gabungan (mixed methods) yang dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti serta mendapatkan kefahaman yang menyeluruh berkaitan amalan gaya kepimpinan wanita dalam menggalas tanggungjawab sebagai pegawai polis. Selain itu, kajian ini juga dijalankan bagi mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh responden sepanjang penglibatannya dalam profesion maskulin ini. Seramai 345 pegawai polis wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam kajian soal selidik yang dijalankan termasuk temu bual bersama 10 responden diperingkat pegawai kanan dan pegawai rendah. Teori kajian ini memberi tumpuan kepada tiga gaya kepimpinan utama iaitu Kepimpinan Transformasi, Transaksi dan Laissez-faire. Instrumen Kepimpinan Multifaktor (MLQ) digunapakai sebagai instrumen soal selidik dan kaedah semi-struktur telah direka dan digunakan bagi sesi temu bual dalam memberikan perspektif responden berdasarkan pengalaman peribadi mereka sendiri. Data kuantitatif yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 22.0. Data analisis yang diproses melibatkan statistik deskriptif dan Ujian-t. Tema dan pengekodan perkataan pula dilakukan terhadap data kualitatif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa gaya Kepimpinan Transformasi merupakan gaya kepimpinan dominan yang diamalkan oleh responden secara keseluruhannya. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan terhadap gaya Kepimpinan Transformasi dan Transaksi berdasarkan pangkat responden. Melalui dapatan temubual yang dijalankan, polis wanita diperingkat pegawai kanan lebih mengamalkan gaya Kepimpinan Transformasi yang bercirikan ‘role model’(karismatik) dan meransang Intelek. Bagi pegawai yang berperingkat rendah pula, responden lebih tertumpu kepada ciri dimensi Kepimpinan Transaksi iaitu pengurusan pengecualian aktif. Selain itu, melalui hasil temubual tiga faktor cabaran utama responden telah diketengahkan iaitu (1) faktor individual; keyakinan diri, tanggungjawab yang lebih berat, ketahanan mental dan fizikal, (2) faktor keluarga; keutamaan dwi tanggungjawab, masa bersama keluarga yang terhad, perkembangan kerjaya, sokongan pasangan serta keluarga, dan (3) faktor organisasi; sukar berdiplomasi bersama anggota lelaki, dan kenaikan pangkat keperingkat atasan. Pada akhir perbincangan kajian, penyelidik juga memberikan cadangan kajian lanjut berkaitan kepimpinan pegawai polis wanita secara keseluruhannya.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Economics & Administration, Universiti Malaya, 2020.
      Uncontrolled Keywords: Pegawai polis wanita; Gaya kepimpinan; PDRM; Laissez-faire; Pengurusan
      Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
      H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
      Divisions: Faculty of Economics & Administration
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 14 Feb 2022 04:40
      Last Modified: 14 Feb 2022 04:40
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12814

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item