Meninjau hubungan antara ciri-ciri pekerjaan, personaliti jenis A dan tekanan kerja di kalangan pekerja sektor kolar putih / Kam Yu Bee

Kam , Yu Bee (1994) Meninjau hubungan antara ciri-ciri pekerjaan, personaliti jenis A dan tekanan kerja di kalangan pekerja sektor kolar putih / Kam Yu Bee. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Penyelidikan ini mendokong tujuan untuk meninjau hubungan antara ciri-ciri pekerjaan dan personaliti jenis A dengan tekanan kerja. Kajian ini juga melihat pengaruh faktor jantina dan pendapatan ke atas tekanan kerja. Responden kajian ini adalah seramai 100 orang pekerja kolar putih di sekitar Kuala Lumpur. Mereka adalah dari syarikat perkhidmatan, kejuruteraan, perakauan dan perdagangan. Pengumpulan data dijalankan melalui kaedah penyelidikan tinjauan. Satu set soal selidik telah diedarkan dalam mendapat maklumat mengenai latar belakang responden, ciri-ciri pekerjaan, personaliti jenis A dan tahap tekanan kerja yang dihadapi. Ujian statistik “nonparametric” telah digunakan untuk membuat analisa data. Ujian “Spearman Rank Correlation” telah mendapati bahawa ciri-ciri pekerjaan dan tekanan kerja mempunyai kolerasi positif yang signifikan. Ujian “Chi-square” turut digunakan untuk mengukuhkan kesahihan keputusan tersebut. Begitu juga dengan hubungan antara personality jenis A dengan tekanan kerja, iaitu personality jenis A adalah berhubungan positif dengan tekanan kerja. Ujian “Mann-Whitney” pula mendapati bahawa faktor jantina dan pendapatan tidak mempunyai pengaruh ke atas tahap tekanan kerja responden. Ini bermakna, wanita tidak mempunyai tahap tekanan yang lebih tinggi dari lelaki dan tingkat pendapatan yang lebih tinggi tidak semestinya membawa tekanan kerja yang lebih tinggi.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1993/1994.
    Uncontrolled Keywords: Personaliti; Sektor kolar putih; Pekerjaan; Tekanan kerja; Pendapatan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 11 Mar 2022 09:53
    Last Modified: 11 Mar 2022 09:53
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12937

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item