A case study of a textile factory in Johore / Teng Hwee Lian

Teng , Hwee Lian (1985) A case study of a textile factory in Johore / Teng Hwee Lian. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (17Mb) | Preview

    Abstract

    Fokus sebenar kajian yang berbentuk deskriptif ini ialah terhadap pekerja-pekerja wanita dalam bidang perindustrian tekstil. Disebabkan oleh kesuntukan masa, maka si pengkaji hanya berupaya menumpukan perhatiannya terhadap sebuah kilang secara khusus. Kilang yang dimaksudkan ini ialah sebuah kilang pemintal benang (spinning factory) di Johor. Pengumpulan data untuk kertaskerja ini telah dimulakan dari bulan Mei hinggalah ke Jun, 1985, termasuklah juga satu kajian soal selidik yang dijalankan di kalangan pekerja-pekerja kilang tersebut. Isu yang diberi tumpuan kha dalam kajian penglibatan wanita dalam bidang perindustrian tekstil ini ialah dari segi kepuasan mereka terhadap kerja yang dilakukan itu. Memandangkan penglibatan teknologi yang tinggi dalam bidang perindustrial tekstil hari ini, apakah nilai kepuasan seseorang individu terhadap kerjanya telah merosot sebagaimana yang dipercayai ramai? Aspek inilah yang menjadi fokus utama kajian ini. Antara angkubah-angkubah yang disentuh dalam menjawab persoalan ini ialah skop pekerjaan pekerja itu sendiri (immediate job content), gaji, peluang kenaikan pangkat dll. Di samping itu, kajian ini juga meninjau akan masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja wanita ini di dalam bidang pekerjaan mereka.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1984/1985.
    Uncontrolled Keywords: Pekerja wanita; Kilang pemintal benang; Perindustrian tekstil; Immediate job content; Teknologi
    Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 16 Mar 2022 07:12
    Last Modified: 16 Mar 2022 07:13
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/12999

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item