Penghijrahan orang-orang Filipina ke Sabah satu kajian sosio-ekonomi di Sandakan / Kelana Jaman

Kelana , Jaman (1994) Penghijrahan orang-orang Filipina ke Sabah satu kajian sosio-ekonomi di Sandakan / Kelana Jaman. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (13Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian tentang latar belakang sosio-ekonomi orang-orang Filipina di Sabah dijalankan di Kampung BDC di daerah Sandakan, Sabah. Untuk melihat matlamat kajian in,i pengkaji membahagikan tesis kepada beberapa bab. Bab pertama Latihan ilmiah ini membincangkan tujuan dan skop kajian, kepentingan kajian, kaedah kajian dan masalah masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian. Pengkaji juga memuatkan definisi dan teori penghijrahan. Untuk mnerangkan secara umum tentang pendatang asing, maka pengkaji memuatkan mengenai kedatangan rakyat asing di negeri ini secara umum. Di smping itu juga masalah-masalah keselamatan atau jenayah implikasi dari fenomena ini juga dibincangkan. Demikian juga dalam bab ini dimuatkan tentang langkah-langkah dan dasar-dasar kerajaan dalam menyelesaikan masalah pendatang asing di negeri Sabah. Bab kedua membincangkan latar belakang orang-orang Filipina di Sandakan Sabah Khusunya di Kampung BDC. Dalam bab ini memuatkan tentang sebab-sebab berhijrah, cara kemasukan, suku, bahasa dan agama serta taraf pendidikan. Bab ketiga membincangkan tentang latar belakang Kampung BDC, perumahan dan bentuk-bentuk rumah orang-orang Filipina di Kampung BDC, kemudahan asas yang mereka gunakan dan peralatan yang mereka miliki. Bab keempat pula melihat aspek-aspek ekonomi orang-orang Filipina iaitu jenis-jenis pekerjaan yang dijalankan oleh orang-orang Filipina di Kampung BDC. Ini juga dikaitkan tentang pendapatan yang mereka terima serta penglibatan kaum perempuan dan kanak-kanak Filipina dalam pekerjaan. Bab lima pula membincangkan hubungan sosial di kalangan rakyat Filipina yang tinggal di kampung yang sama, yang bukan tinggal di kampong ini dan saudara mara atau rakan yang masih beradan di Filipina. Perhubungan antara orang-orang Filipina dan rakyat Sabah juga dilihat. Ini termasuklah masalah-masalah sosial. Bab yang terakhir pula antara lainnya memberi kesimpulan serta yang dapat diandaikan tentang orang-orang Filipina melalui kajian ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1993/1994.
    Uncontrolled Keywords: Orang Filipina; Pendatang asing; Sabah; Sandakan; Sosio-ekonomi
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 09 Mar 2022 11:23
    Last Modified: 09 Mar 2022 11:23
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13021

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item