Refleksi khalayak terhadap aplikasi sisik ikan sebagai bahan alternatif penghiasan permukaan tekstil / Rusmawati Ghazali

Rusmawati , Ghazali (2019) Refleksi khalayak terhadap aplikasi sisik ikan sebagai bahan alternatif penghiasan permukaan tekstil / Rusmawati Ghazali. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (207Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (3279Kb)

      Abstract

      Tesis ini membentangkan satu penyelidikan refleksi ke arah penggunaan sisik ikan sebagai bahan alternatif dalam seni reka bentuk permukaan tekstil. Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti potensi bahan terbuang daripada sisik ikan untuk dikitarkan semula sebagai bahan alternatif penghiasan permukaan tekstil. Sisik ikan yang dijadikan sebagai bahan penghiasan ini terdiri daripada sisik ikan air masin dan sisik ikan air tawar. Penyelidikan ini telah menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah secara tinjauan. Data dan informasi telah diperoleh melalui edaran soalan kaji selidik yang dijalankan sepanjang program i-Compex 2015, di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’Adzan Shah, Jitra Kedah. Selain itu, data dan informasi turut diperoleh melalui temu bual bersama pereka dengan berpandukan kepada pengalaman mereka dalam mengguna pakai dan menghasilkan produk daripada penggunaan sisik ikan. Data daripada soalan kaji selidik dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 23.0 dan perisian AMOS 18. Manakala data temu bual dianalisis secara manual melalui perbincangan deskriptif berpandukan kepada dapatan penyelidikan yang diperoleh. Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, menunjukkan seramai 400 responden (khalayak) telah melibatkan diri dalam penyelidikan ini. Dalam analisis ini hampir ke semua responden temu bual telah memberi refleksi yang baik terhadap penyelidikan yang dijalankan. Begitu juga analisis data yang diperoleh daripada pereka menjelaskan bahawa sisik ikan berpotensi besar untuk dijadikan sebagai bahan alternatif penghiasan. Sisik ikan yang mudah diperoleh dan selamat digunakan turut memenuhi nilai estetika seni untuk dipelbagaikan dalam konteks seni visual yang lebih artistik dan praktikal di kalangan pereka tekstil dan fesyen. Malah, penggunaan bahan sisik ikan ini secara tidak langsung dapat memberi sumbangan ke arah pembangunan bahan kitar semula yang dapat meningkatkan ekonomi pasaran industri seni tekstil dan fesyen di Malaysia.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Creative Arts, Universiti Malaya, 2019.
      Uncontrolled Keywords: Refleksi; Reka bentuk; Sisik ikan; Bahan alternatif; Tekstil, nilai estetika
      Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general
      Divisions: Cultural Centre
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 09 Mar 2022 11:01
      Last Modified: 09 Mar 2022 11:01
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13026

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item