Pendatang Indonesia di Kampung Bahru: Satu tinjauan latar belakang sosio-ekonomi / Ayob Tamrin

Ayob , Tamrin (1986) Pendatang Indonesia di Kampung Bahru: Satu tinjauan latar belakang sosio-ekonomi / Ayob Tamrin. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (17Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini adalah mengenai penghijrahan antarbangsa yang melibatkan pendatang-pendatang dari negara Indonesia ke kampung Bahru, Kuala Lumpur. Kehadiran para pendatang Indonesia ini menjadi satu fenomena yang baru dalam sketsa pandangan di Kuala Lumpur. Kajian deskripsi ini cuba mengemukakan bebeapa ciri yang berhubung dengan proses penghijrahan di atas. Pengkaji membahagikan kajian ini kepada beberapa bab tertentu. Bab I sebagai pendahuluan, membincangkan mengenai pengenalan, tujuan, objektif dan bidang kajian, kepentingan kajian, kaedah yang diaplikasikan, kesulitan-kesulitan kajian, sejarah kedatangan pendatang Indonesia ke Malaysia khususnya Kampung Bahru, Kuala Lumpur, latar belakang kawasan kajian dan akhirnya beberapa konsep serta teori mengenai penghijrahan. Bab II pula menyatakan ciri-ciri pendatang Indonesia yang ditinjau dari sudut umur, taraf pendidikan, taraf perkahwinan, kumpulan etnik terlibat, kawasan asal, jenis pekerjaan ketika di Indonesia, agama, sebab-sebab penghijrahan dan cara penghijrahan mereka. Latarbelakang tempat tinggal di Kampung Bahru diperihalkan dalam bab III. Aspek-aspek yang ditinjau termasukalah jenis tempat tinggal, keadaan rumah sewa, kadar dan cara mendapatkan rumah tersebut, kemudahan-kemudahan asas yang terdapat seperti kemudahan-kemudahan bekalan air paip, elektrik, pembuangan najis, sampah sarap, telefon dan sebagainya. Aspek sosial dibincangkan dalam bab IV yang menumpukan perihal kepada beberapa ciri seperti saiz keluarga dan isi rumah, hubungan-hubungan di dalam dan di luar keluarga da nisi rumah serta tanggapan pendatang mengenai Kampung Bahru. Di dalam bab V, pengkaji meninjau aspek ekonomi yang menyentuh ciri-ciri seperti jenis pekerjaan yang dilakukan, pendapatan responden dan isteri, pendapatan keluarga (termasuk isi rumah), perbelanjaan dan taraf ekonomi yang dinikmati melalui pemilikan alat kelengkapan tertentu. Bab VI pula merupakan bab kesimpulan di mana pengkaji merumuskan penemuan-penemuan dari hasil kajian yang telah dijalankan. Selain daripada itu, pengkaji mendasarkan penemuan-penemuan di atas dan cuba meramal masa depan pendatang-pendatang Indonesia di Kampung Bahru.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1986.
    Uncontrolled Keywords: Pendatang Indonesia; Kampung Bahru; Penghijrahan; Pendapatan keluarga; Pekerjaan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 24 Mar 2022 07:39
    Last Modified: 24 Mar 2022 07:39
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13089

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item