Pemborong binaan bumiputra Kelantan: Masalah dan prestasi. Satu kajian kes bagi pemborong yang berdaftar dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) / Wan Rosli Wan Mat Yim

Wan Rosli , Wan Mat Yim (1984) Pemborong binaan bumiputra Kelantan: Masalah dan prestasi. Satu kajian kes bagi pemborong yang berdaftar dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) / Wan Rosli Wan Mat Yim. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (22Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini merupakan satu kajian kes yang dirujukkan khas kepada pemborong Binaan Bumiputra yang berdaftar dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Kelantan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk memperlihatkan masalah-masalah prestasi mereka dalam pemborongan dan pembinaan. Kajian ini merupakan satu kajian kes yang dirujukkan khas kepada pemborong Binaan Bumiputra yang berdaftar dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Kelantan. Tujuan utama kajian ini adalah untuk memperlihatkan masalah-masalah prestasi mereka dalam pemborongan dan pembinaan. Pada keseluruhannya penulisan ini mempunyai tujuh bab, termasuk bab pendahuluan. Dalam bab pendahuluan pengkaji telah menghuraikan aspek-aspek kajian yang berkaitan dengan objektif kajian, bidang kajian, cara-cara kajian masalah yang dihadapi semasa kajian dan responden-responden yang dipilih semasa kajian. Di dalam bab pertama pula, pengkaji memperlihatkan perkembangan industri pembinaan dan pemborongan di Malaysia secara amnya dan di Kelantan secara khususnya. Juga memperlihatkan peluang-peluang penyertaan Bumiputra dalam bidang ini selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Manakala dalam bab kedua, pengkaji akan menyentuh latar belakang sosio-ekonomi pemborong yang dikaji. Beberapa aspek penting seperti umur, taraf perkahwinan pemborong, latar belakang pendidikan dan pekerjaan, latihan kemahiran yang di terima dan penglibatan dalam sosio-politik disentuh oleh pengkaji. Di dalam bab ketiga juga pengkaji menyentuh latar belakang pemiagaan pemborong yang dikaji. Aspek panting yang di tekankan ialah tahun memulakan perniagaan, jenis organisasi perniagaan, pengurusan modal, bahan binaan dan tenaga kerja dan kerja lain yang diceburi oleh pemborong. Pengkaji cuba melihat sejauh mana faktor ini mempengaruhi prestasi perniagaan mereka. Bab keempat pula pengkaji akan mengemukakan masalah-masalah yang dihadapi oleh pemborong, seperti masalah modal, bahan binaan dan tenaga kerja dan juga menjelaskan sikap pemborong yang menimbulkan masalah dan persoalan kontrak yang menimbulkan masalah kepada mereka. Bab kelima adalah berkaitan dengan kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh Persatuan Pemborong Binaan Bumiputra, meliputi tujuan penubuhan dan peranan yang dijalankan oleh persatuan mereka dan prestasi pemborong Bumiputra sekarang setelah sekian lama menceburi diri dalam lapangan ini. Manakala bab keenam pula mengemukakan rumusan mengenai perbincangan bab-bab awal dan pengkaji juga menggariskan cadangan-cadangan yang difikirkan dapat membantu pemborong bumiputra meningkatkan prestasi dalam bidang ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1983/1984.
    Uncontrolled Keywords: Jabatan Kerja Raya (JKR); Pemborong binaan bumiputera; Sosio-politik; Dasar Ekonomi Baru (DEB); Perniagaan
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 28 Mar 2022 05:50
    Last Modified: 28 Mar 2022 05:50
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13090

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item