Peranan pelajaran dalam mewujudkan keharmonian dan integrasi di kalangan pelajar-pelajar berbagai kaum (Kajian kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya) / Mah Wei Leng

Mah , Wei Leng (1987) Peranan pelajaran dalam mewujudkan keharmonian dan integrasi di kalangan pelajar-pelajar berbagai kaum (Kajian kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya) / Mah Wei Leng. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (14Mb) | Preview

    Abstract

    Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dikemaskinikan tiap-tiap tahun untuk memastikan pencapaian ataupun sekurang-kurangnya mempercepatkan proses perpaduan di kalangan pelajar-pelajar berbagai kaum. Proses ini memakan masa yang panjang untuk memperlihatkan hasil-hasil kejayaan perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan kerana pelajar-pelajar datang dari latarbelakang berbeza serta mempunyai sikap dan pandangan yang berlainan terhadap strategi-strategi yang telah diambil dalam perlaksanaan Dasar Pelajaran Negara. Bab Pertama memberikan pengenalan tentang latarbelakang dan tujuan kajian yang dapat memberikan gambaran mengenai pengkajian ini sebenarnya. Bab Kedua pula diutarakan berbagai konsep dan teori yang berhubung dengan peranan pelajaran dalam strategi negara. Berikutan dari itu, diterangkan juga tentang ukuran-ukuran integrasi dan interaksi yang telah digunakan dalam kajian ini. Dalam bab Ketiga dibincangkan mengenai sejarah perkembangan sistem pelajaran di negara ini bermula dari zaman penjajahan Inggeris hingga ke hari ini. Di samping itu, diberi pula suatu gambaran ringkas tentang kurikulum pendidikan di Malaysia. Bab Keempat memberikan analisis bahagian pertama kajian ini iaitu, mengenai pola interaksi pelajar-pelajar berbagai kaum serta perkaitan di antara pola interaksi mereka dengan toleransi sosial terhadap pelajar-pelajar dari kumpulan etnik lain. Selain daripada itu, dikaji juga pengaruh faktor-faktor latarbelakang atas pola interaksi semasa pelajar-pelajar.Bab Kelima adalah mengenai keberkesanan Dasar Pelajaran Kebangsaan dalam mengintegrasikan pelajar-pelajar. Bersabit dengan ini, peranan Bahasa Malaysia, Sivik serta aktiviti-aktiviti ko-kurikulam telah dikaji. Bab ini melihat juga sejauh manakah identifikasi pelajar-pelajar sebagai warganegara-warganegara Malaysia. Dalam Bab Keenam iaitu, bab terakhir, pengkaji memberikan kesimpulan keseluruhan penulisan dan beberapa cadangan berdasarkan kajian yang telah dijalankan.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1986/1987.
    Uncontrolled Keywords: Dasar Pelajaran Kebangsaan; Perpaduan; Integrasi; Interaksi; Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 24 Mar 2022 07:19
    Last Modified: 24 Mar 2022 07:19
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13096

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item