Peranan dan penglibatan wanita masyarakat pekebun kecil getah dalama bidang sosio-ekonomi (Satu kajian kes di Kampung Genuang Baru, Segamat, Johor) / Shamin Said

Shamin , Said (1982) Peranan dan penglibatan wanita masyarakat pekebun kecil getah dalama bidang sosio-ekonomi (Satu kajian kes di Kampung Genuang Baru, Segamat, Johor) / Shamin Said. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Penglibatan wanita di dalam pembangunan sosio-ekonomi memang sering diperkatakan tetapui ianya lebih merupakan gambaran umum. Kajian-kajian yang bercorak pengkhususan adalah begitu sedikit bilangannya. Oleh kerana itulah kajian ini menumpukan perhatian kepada peranan dan penglibatan wanita masyarakat pekebun kecil getah dalam bidang sosio-ekonomi. Bab I membincangkan pendahuluan, menghuraikan tentang tujuan, bidang dan metode kajian serta masalah-masalah yang dihadapi semasa kajian dijalankan. Penghuraian tentang teori dan konsep kajian yakni mengenai konsep peranan, luar bandar, masyarakat pekebun kecil getah serta huraian tentang peranan wanita dalam bidang sosio-ekonomi secara umum dibincangkan dalam bab II. Sementara bab III pula adalagh mengenai latar belakang tempat kajian dan masyarakat yang dikaji, yakni dari segi kedudukan, ekologi. Kemudahan-kemudahan infrasturktur serta sosial, sistem pentadbiran serta bidang-bidang ekonomi dan sosial yang mereka ceburi. Bab ini juga membicarakan tentang latar belakang responden-responden dengan penumpuan terhadap umur, taraf pendidikan saiz keluarga dan tingkat pendapatan keluarga responden. Bab IV membincangkan peranan wanita dalam bidang ekonomi secara khusus yakni penglibatan mereka dalam bidang ekonomi berbentuk pertanian dan bukan pertanian. Bab V membincangkan tentang peranan wanita disegi sosial yang merangkumi peranan berbentuk formal dan informal. Bab VI membincangkan aspek-aspek positif dan negative yang mempengaruhi penglibatan wanita di bidang sosio-ekonomi. Bab VII merupakan rumusan keseluruhan kajian di mana dikaitkan antara “teori dan konsep” dengan “findings” yang didapati. Selain itu, dibincangkan juga peranan pihak RISDA dalam pembangunan sosio-ekonomi wanita masyarakat pekebun kecil getah.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1981/1982.
    Uncontrolled Keywords: Pekebun kecil getah; Sosio-ekonomi; Wanita; RISDA; Pendapatan
    Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 25 Mar 2022 01:44
    Last Modified: 25 Mar 2022 01:44
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13097

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item