Sistem pengambilan pekerja: Satu kajian perbandingan antara corak pengurusan Cina dan Jepun / Tan Ee Hong

Tan , Ee Hong (1994) Sistem pengambilan pekerja: Satu kajian perbandingan antara corak pengurusan Cina dan Jepun / Tan Ee Hong. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (14Mb) | Preview

    Abstract

    Latihan ilmiah yang disediakan oleh pengkaji adalah bertajuk, " Sistem Pengambilan Pekerja: Satu Kajian Perbandingan Antara corak Pengurusan Cina dan Jepun." Kajian ini merupakan satu kajian sosiologi industri tentang corak pengurusan perniagaan. Tumpu khas adalah ke atas sistem pengambilan pekerja bagi kedua masyarakat Cina dan Jepun. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat perbezaan sistem pengambilan pekerja bagi kedua masyarakat tersebut dengan pengaruh ciri kebudayaan iaitu pengamalan naungan keluarga dalam perniagaan. Bab I merupakan pengenalan ke atas tajuk latihan ilmiah. Ia menghuraikan tujuan dan kepentingan kajian serta penyata masalah yang merupakan petunjuk kajian latihan ilmiah ini. Di samping itu, bab ini juga menyatakan sampel kajian dan responden, kaedah penyelidikan yang digunakan serta masalah-masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian tersebut. Bab II adalah berbunyi, " Pengurusan Sumber Manusia " di mana pengkaji telah menjelaskan proses pengambilan pekerja. Proses pengambilan pekerja adalah meliputi analisa pekerjaan, rekrutmen, pemilihan pekerja dan penawaran pekerjaan. Konsep naungan keluarga dalam perniagaan merupakan satu konsep yang penting bagi tujuan kajian ini dan ia telah dipaparka dalam bab III. Dalam itu, pengkaji menjelaskan latar belakang masyarakat Cina dan Jepun yang mana akhirnya telah menghasilkan pengamalan konsep naungan keluarga dalam bidang perniagaan masyarakat tersebut. Bab IV adalah penghuraian latar belakang sampel kajian yang mengandungi jenis perkhidmatan yang ditawarkan, rangkaian perniagaan, pemilikan dan pembahagian saham organisasi, struktur pentadbiran dan latar belakang responden. Selepas pengenalan ke atas latar belakang sampel kajian, bab yang seterusnya dalam bab V adalah mengenai analisa hasil kajian. Penyusunan bab ini adalah merupakan susunan jawapan ke atas penyata masalah yang dipaparkan dalam bab satu. Bab VI adalah penghuraian tentang kelebihan dan kekurangan proses pengambilan pekerja dalam kedua sampel kajian. Ia dijelaskan mengikut dua bahagian iaitu polisi pentadbiran sumber manusia dan penelitian konsep naungan keluarga dalam perniagaan Akhir sekali dalam bab VII yang juga merupakan bab penutup, satu penghuraian keseluruhan telah ditulis untuk menyimpulkan kajian latihan ilmiah ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1993/1994.
    Uncontrolled Keywords: Pengurusan Cina dan Jepun; Sosiologi industri; Pengambilan pekerja; Polisi pentadbiran sumber manusia; Saham organisasi
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 31 Mar 2022 06:41
    Last Modified: 31 Mar 2022 06:42
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13119

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item