Mukim Air Baloi: Pola-pola pemilikan tanah dan implikasi sosio-ekonomi

Anonymous, - (1982) Mukim Air Baloi: Pola-pola pemilikan tanah dan implikasi sosio-ekonomi. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (12Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian ini telah dijalankan di Kampung Jelutong, Mukim Air Baloi, Pontian, Johor. Isi kandungan latihan ilmiah terbahagi kepada enam bab. Dalam bab I, penulis menghuraikan tentang tujuan, bidang serta metod kajian dan masalah-masalah yang dihadapi. Dalam bab II pula penulis menghuraikan tentang kedudukan Mukim Air Baloi dari aspek ilmu alam, penggolongan penduduk mengikut bangsa, organisasi pentadbiran, pekerjaan penduduk dan kemudahan sosial yang tedapat di Air Baloi. Dalam bab III penulis menghuraikan serta membincangkan persoalan-persoalan mengenai tanah merangukumi sebaran pemilikan tanah, ketiadaan tanah dan cara-cara pengerjaan tanah yang dilakukan oleh penduduk di kawasan ini. Dalam bab IV pula penulis menekankan tentang implikasi sosio-ekonomi. Perbincangan adalah mengenai hubungan tanah dengan pekerjaan dan pendapatan penduduk. Dari segi pekerjaan penulis telah cuba mengaitkan pekerjaan dari segi umur dan mengkategorikan anak-anak mengikut pekerjaan ketua keluarga. Dari segi pendapatan pula, penulis telah cuba membincangkan pembahagian keseluruhan keluarga mengikut pendapatan, pembahagian ketua keluarga mengikut pemilikan dan pendapatan dari segi tanggunggan. Dalam bab V, penulis membahagikan tentang implikasi sosio-ekonomi. Perbincangan adalah merangkumi persoalan harta simpanan (selain dari tanah) dan tingkat/taraf pelajaran penduduk di Air Baloi. Dari segi simpanan harta penduduk, penulis membincangkan tentang pemilikan rumah, basikal, motorsikal dan wang simpanan penduduk. Dalam bahagian pelajaran pula, penulis membincangkan tentang tingkat pelajaran ketua keluarga dan anak-anak mereka. Dalam bab VI penulis telah membuat beberapa rumusan dan kesimpulan hasil dari perbincangan yang dibuat dalam bab-bab sebelumnya. Dari perbincangan tersebut penulis dapat simpulkan bahawa kebanyakkan mereka memiliki tanah adalah merupakan punca pendapatan utama bagi penduduk di Air Baloi. Kebanyakkannya pendapatan mereka adalah kurang dari dua ratus ringgit sebulan. Kurangnya pendapatan mereka adalah disebabkan pokok getah tua yang kurang menghasilkan susu, harga pasaran yang kurang memuaskan, penindssan orang tengah, kekurangan tenaga buruh dan infrastruktur sosial yang kurang baik. Pendapatan mereka yang rendah menyebablan mereka kurang memiliki harta simpanan dan kurang mampu untuk membiayai persekolahan anak-anak ke peringkat yang lebih tinggi.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor's Degree) - Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1981/1982.
    Uncontrolled Keywords: Sosio-ekonomi; Pemilikan tanah; Pendapatan; Keluarga; Infrastruktur sosial
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 27 Apr 2022 06:41
    Last Modified: 27 Apr 2022 06:41
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13189

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item