Aminuddin, Abu Bakar (1974) Suatu penyiasatan sosio-ekonomi mengenai orang-orang muslim keturunan India (Indian-Muslim) di Kuala Lumpur / Aminuddin Abu Bakar. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.
Abstract
Malaysia adalah sebuah negara dimana penduduk-penduduknya terdiri dari berbilang bangsa serta mempunyai latar-belakang ugama dan kebudayaan yang berlainan sama sekali. Terdapat tiga golongan ethnik yang utama dinegara ini, yaitu Melayu, Cina dan India. Banyak kajian telah dijalankan mengenai ketiga-tiga golongan masyarakat tersebut sana ada mengenai satu-satu aspek atau secara keseluruhannya.(1) Biasanya, tulisan-tulisan tersebut adalah berbentuk kedaerahan walaupun ada juga yang menulis secara umum. Tetapi jika dianalisa dengan lebih teliti lagi, kita akan dapati bahawa sebenarnya terdapat berbagai-bagai golongan etnik yang kecil lagi seperti orang-orang dari Sri Lanka, Pakistan, Eropah dan sebagainya. Mereka juga merupakan penduduk negara ini. Bagi golongan-golongan kecil tersebut, tidak ada lagi kajian mendalam yang telah dibuat mengenai mereka. Maka atas kesedaran inilah, pengkaji mengambil inisiatif untuk meninjau serba-sedikit akan latar-belakang kehidupan komuniti 'Indian-Muslim' dinegara ini, khususnya di Kuala Lumpur. Oleh kerana kajian ini merupakan satu 'pioneer study', maka pengkaji telah hanya menyentuh akan aspek sosio-ekonomi serta politik secara 'am sahaja. Ini bermakna peluang masih terbuka kepada pengkaji-pengkaji yang lain untuk membuat kajian atau penyelidikan yang lebih intensif lagi mengenai komuniti tersebut dengan menumpukan perhatian kepada aspek-aspek yang tertentu.
Actions (For repository staff only : Login required)