Mohd Idris , Shaharom (1985) Pola-pola pemilikan tanah di Johor Bahru: Dengan tumpuan khas di Jalan Ibrahim, Jalan Tan Hiok Nee, Jalan Segat, Jalan Dhoby, Jalan Ungku Puan, Jalan Trus dan Jalan Lee Thye Heng / Mohd Idris Shaharom. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.
| PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (20Mb) | Preview |
Abstract
Kajian ini adalah mengenai pola-pola pemilikan tanah di bandar Johor Bahru, khususnya di 7 batang jalan iaitu Jalan Ibrahim, Jalan Tan Hiok Nee, Jalan Seget, Jalan Dhoby, Jalan Ungku Puan, Jalan Trus dan Jalan Lee Thye Heng. Isi kandungan latihan ilmiah ini dibahagikan kepada enam bab. Bab Pertama ialah Bab Pendahuluan. Dalam bab ini penulis menghuraikan mengenai tujuan serta bidang kajian, cara-cara kajian dijalankan serta masalah-masalah yang dihadapi semasa membuat kajian. Dalam Bab Kedua, penulis membincangkan tentang sejarah bandar Johor Bahru dan pemilikan tanah secara umum. Dalam Bab Ketiga pula, penulis membincangkan tentang pola-pola pemilikan tanah yang terakhir dimiliki oleh kategori pemilik dan juga pemindahan milik tanah. Penulis juga menumpukan perbincangan kepada tanah yang dimiliki oleh Persendirian, Syarikat Persendirian, Persatuan, Kerajaan dan juga membuat perbandingan pemilikan tanah di antara kategori pemilik tersebut. Bab Empat, adalah perbincangan mengenai pola-pola pemilikan tanah mengikut etnik. Di sini penulis membicarakan tentang pemilikan tanah di kalangan Melayu, Cina dan India serta perbandingan mengenai pemilikan tanah di kalangan etnik tersebut. Bab Lima ialah mengenai perubahan pola-pola pemilikan tanah. Di sini penulis membincangkan tentang perubahan pemilikan tanah yang berlaku pada peringkat awal dan akhir. Penulis juga menyentuh tentang perubahan yang berlaku di kalangan kategori pemilik dan etnik. Di samping itu juga, penulis turut membincangkan tentang nilaian tanah di kawasan kajian. Bab Enam merupakan bab penutup, di mana penulis membuat kesimpulan bagi semua bab yang telah dibincangkan.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1984/1985. |
Uncontrolled Keywords: | Pemilikan tanah; Etnik; Proses urbanisasi; Kelapa sawit; Sosial |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 20 May 2022 03:07 |
Last Modified: | 20 May 2022 03:07 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13324 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |