Reliability and validity of the Bahasa Malaysia version of the international physical activity questionnaire / Pri Hansini Chaskar

Pri Hansini, Chaskar (2016) Reliability and validity of the Bahasa Malaysia version of the international physical activity questionnaire / Pri Hansini Chaskar. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis M.A)
Download (17Mb) | Preview

    Abstract

    Terdapat banyak indikasi yang menunjukkan bahawa kekurangan aktiviti fizikal membawa pelbagai jenis penyakit seperti obesiti, osteoporosis, diabetis, hipertensi, penyakit kardiovaskular, depresi, serta kanser. International Physical Activity Questionnaire (IPAQ) merupakan salah satu borang kaji selidik yang luas digunakan untuk menentukan tahap aktiviti fizikal seseorang individu. Borang ini telah diuji di 14 pusat di 12 buah negara di seluruh dunia. Waiau bagaimanapun, di Malaysia, tidak terdapat satu alat kaedah yang piawai untuk menentukan tahap aktiviti fizikal seseorang individu. Kekurangan kaedah menentukan tahap aktiviti fizikal di sesebuah negara yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa seperti Malaysia, akan menghambat kajian penyelidikan dan epidemiologi di negara-negara yang membangun. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti satu kaedah yang piawai yang dapat digunakan di Malaysia untuk menentukan tahap aktiviti fizikal masyarakat setempat. Etika kajian 2 fasa ini diluluskan oleh Jawatankuasa Etika Pusat Perubatan Universiti Malaya. Fasa I merupakan systematic review yang mengumpulkan kajian-kajian lepas yang telah melaporkan sama ada borang IPAQ tersebut terlebih ataupun terkurang melapor intensity aktiviti fizikal apabila dibandingkan dengan alat pengukur objektif seperti ActiGraph GT3X+ accelerometer. Borang IPAQ tersebut diterjemahkan ke Bahasa Malaysia dan borang IPAQ-BM dihasilkan dalam Fasa II (a). Borang IPAQBM tersebut seterusnya diuji dikalangan 72 orang dewasa dari Lembah Kelang yang tidak mempunyai sebarang penyakit berjangkit. Dalam Fasa II (b) pula. data dari borang kaji selidik IPAQ-BM dibandingkan dengan data dari ActiGraph GT3X+ accelerometer untuk mengesahkan berapa banyak IPAQ-BM tersebut telah melaporkan lebih atau melaporkan kurang intensity aktiviti fizikal.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) - Faculty of Medicine, Universiti Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Physical inactivity; Questionnaire; International Physical Activity Questionnaire (IPAQ); Reliability
    Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
    Divisions: Faculty of Medicine
    Depositing User: Mr Mahadie Ab Latif
    Date Deposited: 15 Jun 2022 07:58
    Last Modified: 15 Jun 2022 07:58
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13406

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item