Faktor persekitaran formal dan amalan mengasuh secara formal di tabika: Kajian di tiga buah tabika di Kuala Lumpur / Faridah Hamim

Faridah , Hamim (1985) Faktor persekitaran formal dan amalan mengasuh secara formal di tabika: Kajian di tiga buah tabika di Kuala Lumpur / Faridah Hamim. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (20Mb) | Preview

    Abstract

    Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh manakah faktor persekitaran formal dan amalan mengasuh formal mempengaruhi suasana pembelajaran di Tabika. Banyak isu telah dibicarakan mengenai Tabika terutama sekali mengenai aspek bermain di dalam pembelajaran kanak-kanak. Tetpi tiada yang memperka akan bagaimannya dapat dicapai jika faktor persekitarannya adalah serba kekurangan dan amalan mengasuh yang jauh daripada memuaskan. Oleh yang demikian kajian ini sedaya yang termampu cuba menyingkap keadaan sebenar yang terdapat di tiga buah Tabika yang dikaji. Hasil yang diperolehi disimpulkan di dalam Bab 6. Apa yang tercatat di Bab 2: Pendekatan dan Konsep mungkin satu yang ideal kerana ianya sukar didapati wujud di tempat-tempat kajian. Mungkin ciri-ciri tertentu terdapat di sebuah Tabika tetapi tidak pada dua buah lagi. Kalau digabungkan kebaikan-kebaikan daripada ketiga-tiganya mungkin wujud sebuah tabika yang ideal. Tidak dapat dinafikan Tabika yang dikelolakan oleh pihak swasta mempunyai kemudahan yang lebih baik lagi berbanding dengan yang diusahakan oleh pihak kerajaan. Faktor kewangan merupakan punca utama kepada perbezaan ini. Mungkin dari segi persekitaran dan lokasi tidak dapat dielakkan, tetapi pada pendapat penulis kekurangan pada faktor ini patut ditimpalkan dengan amalan mengasuh yang lebih baik melalui penyediaan bahan-bahan bacaan yang lebih mudah dan menarik perhatian kanak-kanak. Kesemua ini terpulang atas inisiatif pihak yang terlibat dan tanggungjawab mendidik tidak boleh dibebankan ke atas oarng-orang tertentu yakni guru semata-mata. Dengan itu, penulis berharap apa yang terkandung di dalam latihan ilmiah ini akan memberi buah fikiran kepada semua bahawa masih banyak yang perlu dilakukan jika kita benar-benar mahu memberikan headstart yang lebih meransang kepada kanak-kanak di pra sekolah.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1984/1985.
    Uncontrolled Keywords: Tabika; Psikomotor; Mendidik; Kanak-kanak; Mengasuh
    Subjects: L Education > L Education (General)
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 03 Aug 2022 07:43
    Last Modified: 03 Aug 2022 07:43
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13472

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item