Normazita, Mohd Suhaimi (2003) Sistem penaakulan berasaskan kes bagi pakej komputer / Normazita Mohd Suhaimi. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.
Abstract
Perkembangan teknologi pada masa kini adalah begitu pantas mengikut arus peredaran zaman. Pelbagai sistem telah dihasilkan mengikut keperluan, kehendak dan kesesuaian masa pengguna. Pada masa kini kita memerlukan masa yang pantas dan kita juga mempunyai citarasa yang berlainan dalam mendapatkan barangan seperti komputer. Bagi memenuhi kehendak sendiri, kebanyakkan orang akan menghabiskan masa yang panjang untuk membuat pemerhatian. Disebabkan oleh hal yang demikian maka sistem ini dibangunkan untuk memastikan pengguna memdapat maklumat yang cepat, tepat dan mudah serta memenuhi segala spesifikasi yang di hajati berbanding dengan cara manual. Selain daripada itu sistem ini juga dapat membantu syarikat pengeluar mempromosikan produk-produk keluaran syarikat mereka dengan memberikan maklumat yang berkaitan dengan pakej komputer untuk dimasukkan kedalam pangkalan data. 0leh hal yang demikian maklumat yang diterima oleh pengguna adalah tepat dan boleh dipercayai. Teknik kepintaran buatan yang digunakan ialah penaakulan berasaskan kes yang sememangnya sesuai untuk penyelesaian masalah yang berkaitan dengan kes-kes yang banyak. Penyelesaian diperolehi berasaskan kepada spesifikasi yang akan dipilih oleh pengguna sendiri dan ianya akan dibandingkan dengan kes-kes yang terdapat didalam pangkalan data. Penyelesaian yang akan dikeluarkan berbentuk peratusan dan pengguna boleh memilih pakej yang menepati spesifikasi komputer yang diingini.
Actions (For repository staff only : Login required)