Sistem maklumat berkomputer kawalan pembangunan (SMBKP) Majlis Perbandaran Kuala Terengganu / Noor Shahida Salleh

Noor Shahida, Salleh (2005) Sistem maklumat berkomputer kawalan pembangunan (SMBKP) Majlis Perbandaran Kuala Terengganu / Noor Shahida Salleh. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (21Mb) | Preview

    Abstract

    Sistem Maklumat Berkomputer Kawalan Pembangunan (SMBKP) adalah sebuah perisian komputer yang direkabentuk untuk membantu pengguna dalam aktiviti perancangan Bandar khususnya Bandar Kuala Terengganu. Pengguna utama aplikasi ini adalah terdiri daripada Jabatan Perancangan Bandar (JPB), Majlis Perbandaran Kuala Terengganu(MPK1). Tujuan utama sistem ini dibangunkan adalah sebagai alat untuk membantu pihak MPKT dalam aktiviti mengawal penggunaan tanah mengikut zon-zon yang telah dirancang. Ini adalah untuk memastikan pembangunan di kawasan Kuala Terengganu adalah terancang. Peranan yang dimainkan oleh pihak MPKT dalam aktiviti perancangan Bandar melibatkan banyak peringkat. Oleh hal yang demikian, sistem manual telah diakui mempunyai banyak kelemahan dalam usaha meningkatkan mutu dan tahap perkhidmatan MPKT. Sistem ini mempunyai satu modul utama dan terdapat beberapa submodul yang telah dikenalpasti mengikut kesesuaian aktiviti Majlis. Modul tersebut adalah modul Kebenaran Merancang di mana modul ini berfungsi untuk merekod dan menyelenggara proses permohonan kebenaran merancang bagi membuat pemajuan ke atas tanah. Sistem ini mementingkan kemudahan dan kebolehgunaan kepada pengguna apabila menggunakan aplikasi ini.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Computer Science & Information Technology, Universiti Malaya, 2005.
    Uncontrolled Keywords: Sistem perancangan Bandar; Kuala Terengganu; Aplikasi komputer
    Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
    Divisions: Faculty of Computer Science & Information Technology
    Depositing User: Mr Suhaimi Mohd Isa
    Date Deposited: 08 Jun 2022 03:05
    Last Modified: 08 Jun 2022 03:06
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13525

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item