Meneroka penggunaan model penyeliaan kaunseling dalam kalangan penyelia latihan profesional di universiti awam / Norazani Ahmad

Norazani, Ahmad (2016) Meneroka penggunaan model penyeliaan kaunseling dalam kalangan penyelia latihan profesional di universiti awam / Norazani Ahmad. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img]
Preview
PDF (Thesis PhD)
Download (32Mb) | Preview

    Abstract

    Penyelia memainkan peranan penting dalam memberi latihan dan penyeliaan kepada kaunselor pelatih. Peranan penyelia bukan sahaja mengajar, melatih dan menjadi penyelia klinikal kepada kaunselor·pelatih, malah bertanggungjawab memantau kualiti kaunselor pelatih. Sejajar dengan tanggungjawab ini, penyelia perlu meningkatkan kecekapan personal dan profesional dalam aspek penggunaan model penyeliaan kaunseling ketika menjalankan penyeliaan klinikal. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka model penyeliaan yang telah digunakan dalam kalangan penyelia ketika penyeliaan klinikal berlangsung. Kajian ini merupakan kajian kes kualitatif yang melibatkan empat orang penyelia dan tujuh orang kaunselor pelatih di dua buah Institusi Pengajian Tinggi Awam. Temubual separa berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen telah digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada peserta kajian. Data dianalisis menggunakan perisian Atlas ti. versi 7. yang melibatkan proses mengekod, menkategori dan mengenal pasti tema. Kesahan data diperoleh melalui semakan peserta kajian dan pakar. Manakala kebolehpercayaan data diperoleh melalui proses triangulasi. Penyelidik juga menggunakan prosedur jejak audit, deskripsi yang terperinci, semakan rakan sekerja dan indeks analisis Cohen Kappa untuk meningkatkan kebolehpercayaan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa keempat-empat penyelia menggunakan pendekatan eklektik ketika penyeliaan kaunseling di sekolah. Pendekatan-pendekatan tersebut merangkumi model berasaskan teori psikoterapi seperti Model Pemusatan Insan, Model Tingkah laku dan Kognitif. Dapatan juga menunjukkan bahawa penyelia juga menggunakan model penyeliaan kaunseling yang khusus seperti Model Perkembangan dan Model Integratif. Pendekatan eklektik yang telah dipraktis oleh penyelia ini ditunjukkan dari segi peranan penyeliaan, aktiviti penyeliaan dan hubungan penyeliaan. Kajian ini juga menyediakan data penting berkenaan dengan isu-isu dalam amalan penyeliaan yang telah dilalui oleh peserta kajian. Sejajar dengan hasil kajian, beberapa cadangan bagi meningkatkan amalan penyeliaan kaunseling di Malaysia turut dibincangkan.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2016.
    Uncontrolled Keywords: Penyeliaan kaunseling; Model pemusatan insan; Kaunselor pelatih; Membimbing
    Subjects: L Education > L Education (General)
    L Education > LC Special aspects of education
    Divisions: Faculty of Education
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 20 Sep 2022 06:37
    Last Modified: 20 Sep 2022 06:37
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/13906

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item