Perlucutan kemampuan dan kemiskinan wanita: Kajian kes di beberapa kawasan perumahan kos rendah di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Malaysia / Nithiya Guna Saigaran

Nithiya Guna , Saigaran (2010) Perlucutan kemampuan dan kemiskinan wanita: Kajian kes di beberapa kawasan perumahan kos rendah di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Malaysia / Nithiya Guna Saigaran. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A)
Download (13Mb)

    Abstract

    Kajian ini mengkaji kemiskinan wan ita menerusi rangka kerja yang baru dan bukan sekadar mengkaji kemiskinan berdasarkan indikator pendapatan dan faktor sosial sahaja. Walaupun, terdapat banyak kajian lalu tentang kemiskinan tetapi kajian mengenai kemiskinan wanita dari perspektif gender dengan aplikasi pendekatan pelucutan kemampuan jarang dilakukan. Dua pendekatan yang melihat kemiskinan wanita dari segi pendekatan pelucutan kemampuan yang diperkenalkan oleh Amartya Sen (1999) dan juga pendekatan gender dan kemiskinan yang diperkenalkan oleh Sylvia Chant (2003) didapati amat sesuai digunakan untuk menganalisis dapatan kajian. Satu rangka kerja yang menggabungkan kedua-dua pendekatan ini dapat mendedahkan bagaimana ketaksamaan gender dalam pelbagai aspek kehidupan wanita miskin umpamanya dari segi sosialisasi anak-anak, pendidikan, pekerjaan, kesihatan, pengangkutan, keganasan rumah tangga dan juga tahap penglibatan mereka dalam membuat keputusan menyumbang kepada pelucutan kemampuan wanita miskin. Dapatan kajian menunjukkan bagaimana gender sebagai satu konstruk sosial berhubung kait dengan kemiskinan wanita melalui pembentukan peranan dan status mereka yang tidak seimbang dalam masyarakat di mana kebanyakan mereka memegang peranan sebagai suri rumah dan bukannya sebagai pencari nafkah. Selain daripada itu, didapati juga ketaksamaan gender wujud dalam kehidupan wanita miskin bandar seperti dalam pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan, penglibatan dalam arena publik, proses sosialisasi keluarga dan juga dalam aspek kepimpinan dan membuat keputusan mendorong pelucutan kemampuan wanita berfungsi secara efektif dalam menyelesaikan masalah kemiskinan yang dialami oleh mereka. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa ketaksamaan gender yang wujud dalam isu keganasan rumah tangga melumpuhkan keupayaan wanita untuk berfungsi secara aktif di dalam arena publik. Keadaan ini bukan sahaja merumitkan lagi masalah kemiskinan yang dialami oleh wanita tersebut malah meninggikan potensi wanita-wanita ini menjadi mangsa kemiskinan yang lebih mudarat. Selain itu, kajian kemiskinan ini juga menjelaskan bagaimana keganasan rumah tangga dan kemiskinan saling berkaitan dan bagaimana ia melucutkan kemampuan seseorang wanita dengan mewujudkan ketaksamaan gender dan mengekalkan mereka dalam keadaan kemiskinan. Dari segi masalah kewangan didapati bahawa wanita miskin bandar juga dipertanggungjawabkan dan ketaksamaan gender yang wujud menjadi penghalang bagi menyelesaikan masalah kemiskinan mereka dengan melucutkan kemampuan wanita untuk mencari pendapatan. Selain itu, kaj ian juga mengidentifikasikan strategi-strategi di kalangan wan ita miskin bandar dalam menghadapi masalah kemiskinan umpamannya seperti menggunakan simpanan wang, perancangan perbelanjaan bulanan, memohon bantuan kebajikan, mencari kerja sambilan, melakukan perniagaan sendiri serta berhutang dengan pelbagai sumber. Daripada kesemua strategi ini, didapati bahawa strategi berhutang dengan pelbagai sumber menjadi pilihan utama wanita miskin. Pilihan seterusnya adalah bergantung kepada suami mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi dalam isi rumah. Kesimpulannya, kaj ian kemiskinan wan ita miskin ban dar yang dilakukan di beberapa kawasan perumahan kos rendah di Lembah Klang menunjukkan bagaimana ketaksamaan gender membawa kepada pelucutan kemampuan wanita miskin. Ketaksamaan gender yang wujud dalam pelbagai aspek kehidupan wanita menyumbang kepada pelucutan kemampuan wanita tersebut dan seterusnya memberi impak negatif ke atas kehidupan mereka dengan merumitkan lagi masalah kemiskinan yang dialami mereka.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 2010.
    Uncontrolled Keywords: Wanita miskin; Pelucutan kemampuan; Konstruk sosial gender; Multidimensional; Produktiviti
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 21 Nov 2022 00:32
    Last Modified: 21 Nov 2022 00:32
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14087

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item