Kajian sosio-ekonomi masyarakat beradat Perpatih di Kampung Simpang Pelangai (Pahang) / Hamzah al-Hamid

Hamzah , al-Hamid (1976) Kajian sosio-ekonomi masyarakat beradat Perpatih di Kampung Simpang Pelangai (Pahang) / Hamzah al-Hamid. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree )
Download (22Mb)

    Abstract

    Tujuan kajian adalah untuk menghuraikan dan menganalisa kehidupan sosio-ekonomi yang terdapat dalam masyarakat berAdat Perpatih yang telah berpindah keluar dari lingkungan Adat Perpatih; atau dengan kata lain mengkaji kehidupan sosio-ekonomimasyarakat beradat Perpatih yang tinggal didalam masyarakat yang tidak mengamalkan Adat Perpatih. Tumpuan utama kajian ialah untuk melihat bagaimana rupa bentuk kehidupan sosio-ekonomi mereka yang baru. Masihkah dapat dikesan ciri-ciri atau bentuk kehidupan sosio-ekonomi mereka yang serupa dengan yang terdapat ditempat asal mereka (kemudian nanti untuk memudahkan kajian akan disebutkan sebagai Negeri Sembilan saja). Tulisan-tulisan dan kajian-kajian mengenai masyarakat berAdat Perpatih yang di dalam lingkungan Adat Perpatih baik di Negeri Sembilan, beberapa bahagian di Melaka mahupun ditempat asalnya di Minangkabau sendiri memang telah banyak sekali kedapatan. Ianya samada hasil dari tulisan atau kajian orang-orang asing atau anak-anak tempatan rasanya sudah mencukupi untuk menjadi bahan bacaan bagi memahami kehidupan sosio-ekonomi masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih didalam lingkungan kawasan Adat Perpatih.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1976.
    Uncontrolled Keywords: Adat Perpatih; Sosio-ekonomi; Negeri Sembilan; Keluarga; Datok Empat
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 15 Feb 2023 07:07
    Last Modified: 15 Feb 2023 07:07
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14129

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item