Ahmad Saidi , Hamzah (1987) Penglibatan dan persepsi politik masyarakat di Dewan Undangan Negeri Wakaf Bharu, Kelantan / Ahmad Saidi Hamzah. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.
PDF (Academic Exercise (Bachelor's Degree ) Download (38Mb) |
Abstract
Tujuan penulis membuat penyelidikan ini ialah untuk mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan anggota-anggota masyarakat melibatkan diri dalam politik. Ini termasuklah pandangan, sikap, penglibatan masyarakat dalam politik dan juga mengenai pengaruh politik ke atas pembangunan masyarakat dan impaknya terhadap kesedaran politik tempatan. Penyelidikan ini dilakukan oleh penulis di kawasan kajian iaitu Dewan Undangan Negeri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. Bab Pertama Bab ini ialah bab pengenalan; di mana penulis menghuraikan mengenai metodologi kajian iaitu mengenai kaedah dan cara penyelidikan dilakukan. Ia juga meliputi tujuan, bidang kajian dan masalahmasalah yang dihadapi ketika mengumpul data untuk penyelidikan. Bab Kedua Dalam bab ini penulis menghuraikan mengenai beberapa konsep seperti parti politik, kepimpinan, pemerintah dan pemerintahan. Bab Ketiga Dalam bab ketiga ini penulis menghuraikan mengenai latar belakang kawasan kajian seperti, kemudahan-kemudahan infrastruktur yang terdapat, keadaan politik, ekonomi, sosial dan keagamaan masyarakat, terutamanya bagaimana faktor-faktor ini mempengaruhi masyarakat di kawasan kajian. Bab Keempat Dalam bab ini, penulis menghuraikan mengenai sikap dan penglibatan masyarakat terhadap politik di kawasan kajian, berdasarkan seramai 145 orang responden yang disoalselidik. Ia juga melibatkan pandangan masyarakat mengenai pilihanraya, kepimpinan dan isu-isu politik dan melihat sejauhmana penyertaan masyarakat di dalam aktiviti-aktiviti politik dan sosial seperti perbincangan-perbincangan politik, ceramah, dan aktiviti-aktiviti kebajikan parti. Dalam bahagian ini, penulis lebih menekankan kepada faktorfaktor yang memainkan peranan dalam pembentukan pola-pola perlakuan politik masyarakat. Bab Kelima Da1am bab ini, penulis menghuraikan mengenai sejauhmana pandangan dan sikap masyarakat terhadap beberapa perkara semasa, seperti pengaruh politik ke atas pembangunan masyarakat, media massa, kepimpinan dan implikasinya kepada masyarakat di kawasan kajian. Bab Keenam Dalam bab ini, penulis menghuraikan mengenai fenomena-fenomena politik di tempat kajian, di mana penulis lebih menumpukan kepada krisis/konflik kepimpinan dalam UMNO, Bahagian Tumpat. Penulis meng ambil inisiatif untuk membuat penelitian ini adalah kerana terdapat ramai pemimpin-pemimpin UMNO dari kawasan kajian (Wakaf Bharu, Tumpat) yang terlibat dalam krisis tersebut. Implikasi kepada krisis ini ialah UMNO Bahagian Tumpat digantung selama 9 bulan. Oleh yang demikian dalam bahagian ini, penulis menganalisa mengenai bagaimana keadaan ini berlaku dan kesannya ke atas masyarakat, terutamanya kegiatan “politik wang”di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO di kawasan tersebut. Bab Ketujuh (Penutup dan Kesimpulan) Dalam bab ini, penulis menganalisa mengenai pilihanraya di kawasan kajian, membuat beberapa perbandingan, di samping membincangkan isu-isu politik yang digunakan. Dan akhir sekali, penulis membuat beberapa ulasan untuk penutup dan kesimpulan kajian.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1986/1987. |
Uncontrolled Keywords: | Persepsi; Politik; Sikap; Masyarakat; UMNO; Fahaman hidup |
Subjects: | H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races J Political Science > JA Political science (General) |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 15 Feb 2023 08:01 |
Last Modified: | 15 Feb 2023 08:01 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14144 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |