Peranan maktab-maktab perguruan di semenanjung Malaysia dalam pelaksanaan dasar Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan (1956-1975) / Mohd Khusairi Abdullah

Mohd Khusairi , Abdullah (1979) Peranan maktab-maktab perguruan di semenanjung Malaysia dalam pelaksanaan dasar Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan (1956-1975) / Mohd Khusairi Abdullah. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A )
Restricted to Repository staff only

Download (30Mb)

    Abstract

    Setelah negera ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 maka salah satu perubahan yang berlaku di dalam dasar pelajaran di negara ini yang paling menunjul sekali ialah perubahan dasar bahasa pengantar di dalam sistem persekolahan. Semua sekolah rendah. yang dahulunya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dengan beransur-ansur telah beralih menggunakan Bahasa Malaysia pula sebagai bahasa pengantar di sekolah- sekolah tersebut. Begitu juga halnya di sekolahsekolah menengah secara beransur-ansur juga telah menggunakan satu bahasa pengantar yang tunggal iaitu Bahasa Malaysia. Tumpuan penyelidikan ini adalah untuk mengesan peranan maktab-maktab perguruan di seluruh Semenanjung Malaysia dalam pelaksanaan dasar Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Jangka masa yang terlibat dengan penyelidikan ini ialah dari pada tahun 1956 hingga 1975. Tahun 1956 adalah merupakan titik-tolak pembentukan dasar pelajaran kebangsaan kerana pada tahun itulah munculnya Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang lebih terkenal dengan nama Penyata Razak 1956 itu. Sejak daripada tahun itu berbagai-bagai perubahan telah dilakukan dalam pelaksanaan syor-syor yang telah diperakukan oleh penyata tersebut. Salah satu perubahan yang dilaksanakan ialah peralihan penggunaan bahasa pengantar secara beransur- ansur daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia dalam sistem pendidikan negara ini. Tahun 1975 pula adalah merupakan kemuncak kepada peralihan dasar bahasa pengantar itu kerana pada tahun itulah lengkapnya jadual pelaksanaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah- sekolah rendah di seluruh Semenanjung Malaysia ini. Bagi mencapai tujuan itu tujuh bab telah disusun untuk memaparkan semua aspek yang berkaitan dengan peralihan dasar bahasa pengantar itu khususnya di dalam sistem latihan perguruan. Bab yang pertama cuba menjelaskan semua aspek yang menjadi latar belakang penyelidikan ini. Di dalam bab yang kedua pula tumpuan diberikan kepada dasar Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di negara ini. Bab ini juga menunjukkan rancangan-rancangan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelaksanaan dasar Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar itu. Bab yang ketiga pula menggambarkan corak perkaitan semua perubahan dalam sistem persekolahan sama ada di sekolah-sekolah rendah mahupun di sekolah-sekolah menengah akibat daripada peralihan dasar bahasa pengantar itu kepada perubahan di dalam sistem latihan perguruan di negara ini. Di dalam bab yang keempat tumpuan telah dibuat kepada kedudukan matapelajaran Bahasa Malaysia sama ada di peringkat sekolah-sekolah dan juga di maktab-maktab perguruan. Bab ini juga membentangkan bentuk jadual pelaksanaan di sekolah-sekolah, di maktab-maktab perguruan dan juga di dalam sistem peperiksaan sejauh mana yang melibatkan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bab yang kelima menghuraikan sejauh mana pelaksanaan di peringkat maktab-maktab perguruan untuk menyediakan guru-guru yang berkeupayaan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Tumpuan diberi kepada corak kurikulum, gerakerja guru-guru pelatih dan usaha-usaha pensyarah di maktab-maktab perguruan. Di dalam bab ini telah disisipkan dengan usaha maktab-maktab perguruan bagi menjayakan dasar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di dalam sistem pendidikan di negara ini. Bab keenam menerangkan bentuk pengambilan, pengeluaran dan penempatan guru-guru yang mampu menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran mereka di sekolah-sekolah. Akhirnya di dalam bab ketujuh dibentangkan beberapa rumusan hasil penyelidikan ini dan juga memperlihatkan beberapa masalah yang terpaksa dihadapi dalam pelaksanaan dasar bahasa pengantar itu. Sebagai penutup bab ini beberapa cadangan cuba disarankan supaya peranan maktab-maktab perguruan melaksanakan dasar Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar itu dapat dicapai dengan lebih berkesan lagi.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 1979.
    Uncontrolled Keywords: Bahasa Malaysia; Maktab perguruan; Penyata Razak 1956; Bahasa pengantar; Sistem pendidikan
    Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
    P Language and Literature > P Philology. Linguistics
    Divisions: Faculty of Education
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 18 Jan 2023 07:31
    Last Modified: 19 Jan 2023 00:46
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14215

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item