Chan , Choon Tak (2025) Pengaruh sikap, efikasi kendiri, dan kesedaran metakognitif terhadap penaakulan matematik pelajar pendidikan universiti awam Lembah Klang / Chan Choon Tak. PhD thesis, Universiti Malaya.
| PDF (The Candidate's Agreement) Restricted to Repository staff only Download (347Kb) | |
| PDF (Thesis PhD) Download (4Mb) |
Abstract
Kajian-kajian berkaitan penaakulan matematik menunjukkan bahawa, pencapaian pelajar Malaysia berada pada tahap yang kritikal, lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar pendidikan universiti. Sikap, efikasi kendiri dan kesedaran metakognisi telah dikenal pasti sebagai antara faktor yang mempengaruhi penaakulan matematik pelajar. Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti saling hubungan antara sikap, efikasi kendiri, kesedaran metakognisi terhadap penaakulan matematik pelajar pendidikan universiti. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti hubungan antara dimensi sikap, efikasi kendiri, kesedaran metakognisi dan penaakulan matematik pelajar pendidikan universiti. Kewujudan faktor pengantara dalam hubungan-hubungan yang melibatkan sikap, efikasi kendiri, kesedaran metakognisi dan penaakulan matematik pelajar pendidikan universiti turut dikenalpasti dalam kajian ini. Kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 378 orang pelajar pendidikan universiti yang terletak di sekitar Lembah Klang telah dipilih, menggunakan teknik persampelan rawak berstrata berkadaran. Kajian ini menggunakan Model Persamaan Berstruktur (SEM) melalui data yang diperoleh daripada soal selidik dengan menggunakan perisian Analysis of Moment Structures (AMOS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap, efikasi kendiri, kesedaran metakognisi dan penaakulan matematik pelajar mempunyai hubungan yang signifikan antara satu sama lain. Hasil dapatan turut menunjukkan bahawa, dimensi sikap, efikasi kendiri dan kesedaran metakognisi didapati mempunyai hubungan yang signifikan terhadap penaakulan matematik pelajar pendidikan universiti. Akhirnya, hasil dapatan kajian turut menunjukkan kesan pengantara separa apabila kesedaran metakognisi dijadikan sebagai faktor pengantara dalam hubungan antara sikap dan efikasi kendiri dengan penaakulan matematik. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menyokong kepentingan sikap, efikasi kendiri dan kesedaran metakognisi yang mampu mempengaruhi penaakulan matematik pelajar pendidikan universiti.
| Item Type: | Thesis (PhD) |
|---|---|
| Additional Information: | Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2025. |
| Uncontrolled Keywords: | Pengaruh sikap; Efikasi kendiri; Kesedaran metakognitif; Penaakulan matematik; Pendidikan universiti awam |
| Subjects: | L Education > LC Special aspects of education Q Science > QA Mathematics |
| Divisions: | Faculty of Education |
| Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
| Date Deposited: | 23 Oct 2025 13:00 |
| Last Modified: | 23 Oct 2025 13:00 |
| URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14405 |
Actions (For repository staff only : Login required)
| View Item |