Hak-hak tetamu dalam Islam: Kajian terhadap kemudahan hotel mesra muslim terpilih / Syed Muhammad Zaim Syed Mohd Zaki

Syed Muhammad Zaim , Syed Mohd Zaki (2021) Hak-hak tetamu dalam Islam: Kajian terhadap kemudahan hotel mesra muslim terpilih / Syed Muhammad Zaim Syed Mohd Zaki. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (200Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (1528Kb)

      Abstract

      Minat masyarakat terhadap pelancongan Islam telah meningkatkan pendapatan sektor ini. Malaysia telah menarik pelancong melalui pakej pelancongan Islam, dengan menawarkan pelbagai aspek penginapan, terutama yang berkaitan dengan kemudahan mesra Muslim untuk memenuhi hak-hak tetamu. Namun, dikatakan bahawa kemudahan yang disediakan oleh pengusaha hotel mesra Muslim masih belum memuaskan dalam menunaikan hak tetamu. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat kemudahan yang terdapat di enam hotel mesra Muslim terpilih yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Negeri dan untuk mengesahkan usaha hotel dalam memenuhi hak tetamu. Proses pengumpulan data menggabungkan kaedah pemerhatian dan temu bual. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap ketersediaan kemudahan berdasarkan hak tetamu di hotel mesra Muslim adalah memuaskan dengan ketersediaan melebihi 70%. Di samping itu, hasil kajian juga mendapati bahawa hotel-hotel tersebut telah memenuhi hampir semua hak-hak tetamu seperti yang digariskan dalam Islam. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa ruang penambahbaikan yang harus dipertimbang untuk mengukuhkan amalan sedia ada demi keselesaan tetamu pada masa hadapan.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2021.
      Uncontrolled Keywords: Hak tetamu; Hotel mesra Muslim; Kemudahan hotel; Pelancongan; Majlis Agama Islam Negeri
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
      Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Management
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 28 May 2023 01:34
      Last Modified: 28 May 2023 01:34
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14455

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item