Kajian kes stres kerjaya dalam kalangan guru Muslim sekolah rendah / Azizah Abdul Majid

Azizah , Abdul Majid (2022) Kajian kes stres kerjaya dalam kalangan guru Muslim sekolah rendah / Azizah Abdul Majid. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (191Kb)
    [img] PDF (Thesis M.A.)
    Download (4Mb)

      Abstract

      Mendepani suasana pandemik COVID-19 yang mengancam nyawa dan keselamatan, seluruh komuniti, termasuk jutaan pelajar dan guru di seluruh dunia berlindung di tempat masing-masing, stres menjadi isu yang amat ketara. Situasi ini telah menyebabkan berlakunya stres dan tekanan di semua peringkat. Keadaan ini menjadi semakin meruncing apabila semakin ramai orang yang tertekan dan mengambil jalan mudah dengan membunuh diri akibat depresi atau kemurungan. Stres yang tidak terkawal dan berpanjangan merupakan titik permulaan sebelum seseorang itu mengalami masalah kebimbangan (anxiety) dan depresi. Guru sekolah rendah juga amat terkesan dengan suasana pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini malahan cabaran dan stres yang dihadapi oleh golongan pendidik ialah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam skala sebesar ini sebelumnya. Kajian terhadap gejala stres guru serta cara menanganinya telah dijalankan sebelum pandemik bermula lagi. Kajian lepas menunjukkan bahawa tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah menyebabkan guru perlu melakukan pelbagai fungsi dalam satu masa yang menyebabkan stres dalam kalangan guru. Masalah yang dihadapi oleh guru ini seterusnya mengurangkan masa pembelajaran yang berkualiti dengan murid. Bebanan tugas menyebabkan guru semakin tertekan dan mengalami stres dan tekanan emosi, burnout dan ramai juga guru yang memilih untuk bersara awal. Jika perkara ini dibiarkan berterusan tidak mustahil semakin ramai guru akan mengalami stres pada tahap yang kritikal. Oleh hal yang demikian itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis faktor dan kesan stres kerjaya dalam kalangan guru Muslim sekolah rendah serta kaedah yang digunakan oleh mereka untuk menangani stres yang dihadapi. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, kajian telah memilih reka bentuk kajian kes dan menjalankan temu bual secara mendalam terhadap 6 orang guru yang mengalami stres dengan menggunakan persampelan mudah, persampelan bola salji dan persampelan bertujuan. Kaedah pengekodan NVivo dan teoritikal tematik yang melibatkan beberapa peringkat telah digunakan sebagai kaedah analisis. Dapatan kajian ini mendapati bahawa kesemua informan mempunyai tahap stres yang tinggi dan terdapat enam faktor penyebab stres mereka. Enam faktor tersebut ialah masalah komunikasi interpersonal, struktur dan iklim organisasi, komitmen yang pelbagai, kepuasan, penghargaan, sokongan dan pembelaan, masalah kesihatan dan perubahan peranan guru disebabkan perubahan mod pembelajaran semasa pandemik Covid19. Kesan stres yang dialami oleh setiap informan pula adalah berbeza-beza mengikut ketahanan diri dan mekanisme menangani yang diamalkan oleh setiap informan. Di samping itu, kajian ini telah mencadangkan satu model stres kerjaya menurut perspektif Islam untuk guru secara khusus dan umat Islam secara amnya. Hasil kajian ini diharapkan dapat menemukan kaedah terbaik bagi mengatasi stres guru, meningkatkan pemahaman tentang tahap stres, sumbernya, dan seterusnya menerapkan strategi mengatasi stres dan tindakan yang harus diambil oleh pihak berkaitan untuk mengurangkan stres dalam kalangan guru terutamanya guru Muslim di sekolah rendah.

      Item Type: Thesis (Masters)
      Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2022.
      Uncontrolled Keywords: Guru; Kesan; Stres kerjaya, perspektif Islam, mekanisme menangani
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
      L Education > L Education (General)
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 26 May 2023 07:02
      Last Modified: 26 May 2023 07:02
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14460

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item