Pembangunan model perlindungan hak-hak warga emas dari pengabaian menurut perundangan Islam di Malaysia / Hasiah Mat Salleh

Hasiah, Mat Salleh (2022) Pembangunan model perlindungan hak-hak warga emas dari pengabaian menurut perundangan Islam di Malaysia / Hasiah Mat Salleh. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (886Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (4Mb)

      Abstract

      Situasi pengurangan kadar kelahiran dan peningkatan tahap kesihatan penduduk merupakan antara faktor utama yang menjadikan Malaysia bakal menuju ke arah sebuah negara menua menjelang tahun 2035. Walau bagaimanapun, pelbagai isu berkaitan pengabaian dan penderaan warga emas kerap dihebahkan di media massa dan media cetak. Bagi mengatasi cabaran ini, kajian ini dijalankan untuk membina Model Perlindungan Hak-Hak Warga Emas dari Pengabaian Menurut Perundangan Islam di Malaysia (Model ERIsP). Pendekatan kajian reka bentuk dan pembangunan diterapkan dalam kajian ini. Berdasarkan pendekatan yang digunakan, kajian ini dikelaskan kepada tiga [3] fasa utama. Fasa pertama kajian ini merupakan analisis keperluan dengan melaksanakan pendekatan kajian literatur bersistematik dan sesi temu bual bersama warga emas yang dipilih. Keperluan pembinaan model ini dianalisis dengan menggunakan teknik analisis kandungan terhadap data kajian literatur dan teknik tematik terhadap data dan transkrip temu bual. Fasa seterusnya menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi (FDM) bagi membina komponen dan elemen model menurut persepsi dan keputusan pakar. Fasa ketiga iaitu fasa terakhir kajian ialah penilaian kebolehgunaan model berasaskan temu bual bersama pakar. Penilaian ini dianalisis menggunakan Teknik Kumpulan Nominal (NGT). Hasil kajian yang diperoleh membuktikan bahawa Model ERIsP amat penting kepada golongan ini. Lima [5] komponen utama dan elemen-elemen komponen utama juga dipersetujui oleh kesemua pakar dalam kajian ini bagi memberikan perlindungan yang baik kepada warga emas. Pembangunan Model ERIsP juga dilihat amat signifikan untuk dijadikan sebagai panduan dalam memelihara hak-hak warga emas bagi mengatasi isu pengabaian golongan ini.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Uncontrolled Keywords: Perundangan Islam; Perlindungan; Hak-Hak Warga Emas; Pengabaian
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
      K Law > K Law (General)
      Divisions: Academy of Islamic Studies
      Depositing User: Mrs. Siti Mawarni Salim
      Date Deposited: 19 Apr 2023 05:37
      Last Modified: 19 Apr 2023 05:37
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14500

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item