Isu-isu fiqh terpilih mengikut aliran salafi: Kajian di Kota Bharu, Kelantan / Roslee@Mohamad Ismail

Roslee@Mohamad , Ismail (2018) Isu-isu fiqh terpilih mengikut aliran salafi: Kajian di Kota Bharu, Kelantan / Roslee@Mohamad Ismail. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Download (1303Kb)

    Abstract

    Kajian ini membincangkan tentang pendekatan aliran Salafi di Kota Bharu, Kelantan dengan memfokuskan kepada isu yang menjadi polemik dalam kalangan masyarakat Islam. Ia termasuklah isu solat jamak qasar ketika pulang di kampung halaman, membaca Surah al-Fatihah dalam wirid selepas solat, niat iktikaf di dalam khemah pada bulan Ramadan, imsak puasa, akad nikah menerusi sidang video, bay„ah dan ta„liq, pelupusan al-Quran, dan anjuran pesta memancing. Isu ini menjadi polemik antara golongan Salafi dan tradisional dan ia memberi kesan terhadap keharmonian beribadat dalam kalangan masyarakat setempat. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggabungkan kajian perpustakaan dan lapangan. Kajian perpustakaan berasaskan metode dokumentasi manakala kajian lapangan menggunakan instrumen temu bual secara induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa pendukung aliran Salafi di Kota Bharu, Kelantan lebih terbuka dalam memberi pandangan berkaitan isu terpilih berasaskan hujah al-Quran dan Sunnah. Berdasarkan pandangan pendukung ini, pengkaji dapat merumuskan bahawa masalah-masalah fiqh yang menjadi perdebatan dalam kalangan masyarakat dapat diselesaikan sekiranya masyarakat bersikap terbuka dan meraikan kepelbagaian pendekatan mazhab lain selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Fiqh; Salafi; Quran; Kelantan; Sunnah
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 16 Jun 2023 08:12
    Last Modified: 16 Jun 2023 08:12
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14513

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item