Kefahaman konsep musibah dan ibtila’ menurut al-Quran: Kajian terhadap mangsa tsunami 2004 di Aceh / Zubir

Zubir, - (2019) Kefahaman konsep musibah dan ibtila’ menurut al-Quran: Kajian terhadap mangsa tsunami 2004 di Aceh / Zubir. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Download (1356Kb)

    Abstract

    Kajian ini berjudul “Kefahaman Konsep Musibah Dan Ibtila’ Menurut Al-Quran: Kajian Terhadap Mangsa Tsunami 2004 Di Aceh”. Kajian ini membincangkan tentang konsep musibah dan ibtila’ menurut al-Qur’an. Umat Islam seringkali tersalah anggap atau keliru dengan maksud musibah dan ibtila’ yang sebenar menurut al-Qur’an dan salah faham juga berlaku apabila mereka berhadapan dengan perkara tersebut. Kajian ini mengkaji kefahaman mangsa tsunami Aceh tentang konsep musibah dan ibtila’ yang dialami oleh mereka menerusi peristiwa tersebut, apakah kefahaman mereka tentang musibah dan ibtila’ menepati dengan perspektif al-Qur’an. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggabungkan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian perpustakaan bersumberkan metode dokumentasi dengan mengumpulkan data-data yang berkaitan dengan musibah dan ibtila’. Manakala kajian lapangan berbentuk kajian kes dilakukan dengan mengaplikasikan metode temu bual daripada responden terpilih. Bagi memenuhi keperluan itu, seramai 20 orang mangsa tsunami dipilih sebagai responden. Sesi temu bual dengan responden dijalankan bagi mendapatkan data-data tentang kefahaman mangsa tsunami mengenai konsep musibah dan ibtila’. Data-data yang terkumpul dianalisis berdasarkan metode deduktif serta induktif bagi merumuskan dapatan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat kekeliruan dalam memahami konsep ibtila’ kerana perkataan ibtila’ jarang didengar oleh responden. Perkataan ibtila’ yang digunakan hanya merujuk kepada perkara negatif. Konsep musibah, dapat difahami oleh responden dengan baik selari dengan petunjuk al-Qur’an. Selain itu, responden juga dapat memahami perkara-perkara lain yang berkaitan dengan konsep musibah dan ibtila’ tersebut.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2019.
    Uncontrolled Keywords: Musibah; Ibtila’; al-Qur’an; Tsunami; Aceh
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 26 Jun 2023 01:40
    Last Modified: 26 Jun 2023 01:40
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14522

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item