Hubungan antara pengetahuan hukum penggunaan internet dengan tahap penggunaan internet pelajar Sekolah Rendah Pekan Subang, Selangor / Nor Ain Mohamad Kastolani

Nor Ain , Mohamad Kastolani (2019) Hubungan antara pengetahuan hukum penggunaan internet dengan tahap penggunaan internet pelajar Sekolah Rendah Pekan Subang, Selangor / Nor Ain Mohamad Kastolani. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Download (1406Kb)

    Abstract

    Penggunaan internet kini telah menjadi satu keperluan dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Tanpa pengawalan dan garis panduan penggunaan internet yang terarah, pelajar boleh terjebak dalam gejala ketagihan internet. Pengetahuan berkenaan hukum penggunaan internet yang dipelajari di sekolah rendah boleh menjadi faktor dalam mengawal tahap penggunaan internet. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara pengetahuan berkaitan hukum dan etika penggunaan internet dengan tahap penggunaan internet. Sampel kajian terdiri daripada 328 orang pelajar sekolah rendah sekitar Pekan Subang. Data diperoleh daripada soal selidik yang telah dijalankan. Bagi menjawab objektif kajian, kaedah statistik inferensi iaitu korelasi digunakan. Dapatan kajian menunjukkan min keseluruhan tahap penggunaan internet dalam kalangan pelajar ialah (M1.8572). Dapatan ini menunjukkan tahap penggunaan internet pelajar sekolah rendah Pekan Subang berada pada tahap penggunaan normal tetapi berisiko untuk berlebihan. Seterusnya, hubungan antara pengetahuan hukum penggunaan internet dengan tahap penggunaan internet nilai (r0.276). Dapatan menunjukkan tidak ada hubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah kerana nilai r<0.4. Ini bermakna pengetahuan berkenaan hukum penggunaan internet bukan faktor yang mempengaruhi tinggi atau rendah tahap penggunaan internet pelajar. Justeru, dapat dirumuskan bahawa terdapat faktor lain yang mengawal tahap penggunaan internet dalam kalangan pelajar sekolah rendah Pekan Subang.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Malay Studies, Universiti Malaya, 2019.
    Uncontrolled Keywords: Internet; Teknologi maklumat; Ketagihan; Nerbahaya, Manfaat
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Fiqh & Usul
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 26 Jun 2023 07:13
    Last Modified: 26 Jun 2023 07:13
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14524

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item