Pengagihan surplus dana tabarru': Kajian di syarikat Prudential BSN Takaful / Mohammad Yahdi

Mohammad , Yahdi (2019) Pengagihan surplus dana tabarru': Kajian di syarikat Prudential BSN Takaful / Mohammad Yahdi. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Download (1878Kb)

    Abstract

    Tabarru‘ merupakan akad umum yang boleh digambarkan sebagai pemberian hak milik seseorang kepada pihak lain sebagai kebajikan sama ada dalam bentuk fizikal mahupun manfaat. Beberapa akad seperti waqf, ṣadaqah, iltizām bi al-tabarru‘, al-nahd, hibah, dan hibah bi sharṭ al-‘iwaḍ dicadangkan oleh sarjana Islam sebagai klasifikasi khusus sumbangan tabarru‘ peserta takaful. Dalam amalannya di Malaysia, apabila dana tabarru‘ mengalami surplus, maka di hujung tahun ia boleh diagihkan kepada peserta dan syarikat mengikut nisbah yang telah dipersetujui. Kajian ini mengkaji mengenai landasan Syariah pengagihan surplus dana tabarru‘ di salah satu syarikat takaful di Malaysia iaitu Prudential BSN Takaful. Data dikumpulkan menggunakan kaedah temu bual bersama Pegawai Bahagian Syariah dan Aktuari Prudential BSN Takaful. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun Prudential BSN Takaful belum memberikan klasifikasi khusus terhadap akad tabarru‘, namun amalan pengagihan surplus dana tabarru‘ di Syarikat Prudential BSN Takaful telah pun sesuai dengan prinsip Syariah. Landasan Syariah bagi Prudential BSN Takaful untuk membenarkan peserta menerima lebihan underiter, iaitu kaedah di mana asal daripada segala mu‘āmalah ialah dibenarkan selagi tidak bertentangan dengan prinsip Syariah. Manakala landasan Syariah bagi Prudential BSN Takaful untuk menerima surplus dana tabarru‘ ialah dengan menggunakan konsep ju‘ālah. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan akad hibah bi sharṭ ‘iwaḍ sebagai klasifikasi khusus akad tabarru‘ ialah lebih sesuai kerana ia sepadan dengan tiga aspek utama takaful, iaitu memberikan sumbangan, menerima pampasan (‘iwaḍ) dan berkongsi surplus dana tabarru‘ (rujū‘).

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2019.
    Uncontrolled Keywords: Takaful; Tabarru‘; Hibah bi sharṭ ‘iwaḍ; Underwriting surplus; Prudential BSN
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 27 Jun 2023 02:35
    Last Modified: 27 Jun 2023 02:35
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14527

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item