Tartib nuzul al-Quran: Kajian perbandingan antara Ma‘Arij al Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur dengan Fahm al-Quran al-Hakim / Muhammad Ibrahim Mohd Naim

Muhammad Ibrahim , Mohd Naim (2019) Tartib nuzul al-Quran: Kajian perbandingan antara Ma‘Arij al Tafakkur wa Daqa’iq al-Tadabbur dengan Fahm al-Quran al-Hakim / Muhammad Ibrahim Mohd Naim. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Download (1571Kb)

    Abstract

    Kajian ini membincangkan metodologi tartib al-Nuzul yang digunakan oleh ‘Abd al-Rahman Habannakah (1927-2004) dan Muhammad ‘Abid al-Jabiri(1936-2010) dalam mentafsirkan al-Quran menerusi karya utama iaitu Ma‘arij al-Tafakkur wa Daqaiq al-Tadabbur dan Fahm al-Quran al-Hakim. Permasalahan utama kajian ini ialah sejauh mana kepentingan penulisan tafsir tartib al-Nuzul dalam memahami al-Quran. Justeru, kajian ini bertujuan membandingkan metodologi yang digunakan oleh kedua-dua ilmuan al-Quran moden ini dalam menerangkan metode tartib al-Nuzul serta kesan kepada pentafsiran al-Quran. Objektif kajian ini juga ialah memperkenalkan tokoh kajian dan perkembangan ilmu mereka serta sumbangan kedua-dua tokoh kajian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode dokumentasi dalam proses pengumpulan data dan merujuk kepada sumber primer dan sekunder. Metode perbandingan digunakan dalam menganalisis karya dan rangka pemikiran tartib al-Nuzul. Di peringkat awal, kajian ini memberi perhatian khusus kepada perbahasan tartib al-Nuzul dari segi definisi, sejarah kemunculan, wacana perbincangan dalam kalangan ilmuan Islam dan kritikan terhadap tartib al-Nuzul. Di antara hasilnya, pendekatan tafsir tartib al-Nuzul merupakan suatu usaha baru dalam memahami al-Quran dan merupakan suatu bentuk tawaran semula kepada generasi hari ini dengan tahap yang boleh dicapai dan sesuai dengan kemampuan umat Islam pada masa ini. Usaha tafsir ini bertujuan mengangkat pemahaman al-Quran melihat kepada perjalanan sirah dan dakwah Nabi SAW sepanjang penurunan al-Quran. Hasil penelitian, pengkaji mendapati bahawa terdapat perbahasan panjang berkaitan penulisan tafsir tartib al-Nuzul, serta terdapat perbezaan pada penyusunan surah al-Quran dan pendekatan kedua tokoh ini.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2019.
    Uncontrolled Keywords: Habannakah; A-Jabiri; Tartib al-Nuzul; Tafsir; Sirah
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 21 Jun 2023 07:53
    Last Modified: 21 Jun 2023 07:53
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14529

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item