Pensijilan halal Malaysia: Analisis pelaksanaan sistem pengurusan jaminan halal di rumah sembelihan ayam / Muhamad Mazuan Razaly

Muhamad Mazuan , Razaly (2019) Pensijilan halal Malaysia: Analisis pelaksanaan sistem pengurusan jaminan halal di rumah sembelihan ayam / Muhamad Mazuan Razaly. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Download (1912Kb)

    Abstract

    Permintaan terhadap produk halal yang meningkat serta pertambahan bilangan pemegang sijil halal menuntut komitmen yang tinggi bagi pihak JAKIM/JAIN/MAIN di samping pihak industri dalam mengawal proses pematuhan halal. Kepincangan serta kelemahan dalam pengawalan halal boleh membuka ruang kepada ancaman halal serta ketidakpatuhan yang akhirnya menjejaskan status halal sesuatu produk. Menyedari hakikat bahawa perlunya pengawalan dalaman dijalankan di peringkat industri, JAKIM telah memperkenalkan satu sistem yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Jaminan Halal (HAS). Berteraskan enam prinsip utama, sistem ini diperkenalkan bagi meneruskan kelangsungan pematuhan halal dengan lebih sistematik. Pihak industri dibekalkan dengan “Guidelines for Halal Assurance Management System of Malaysia Halal Certification” sebagai asas rujukan dan diberi ruang untuk melaksanakannya mengikut acuan tersendiri. Persoalannya, bagaimanakah sistem ini dilaksanakan dan adakah pelaksanaannya memenuhi kehendak garis panduan yang ditetapkan. Bagi merungkai persoalan ini, sebanyak empat buah premis sembelihan telah dipilih. Dua daripadanya merupakan syarikat di bawah kategori besar, dan dua syarikat lagi adalah daripada kategori sederhana. Penilaian dilakukan menggunakan pendekatan kualitatif melalui tiga metode utama, iaitu temu bual, observasi serta analisis dokumen. Kajian yang dijalankan mendapati bahawa syarikat-syarikat yang terlibat telah berjaya membangunkan HAS dan masih dalam proses pelaksanaan. Walaupun terdapat beberapa perbezaan dalam pelaksanaan antara satu sama lain, namun ia masih lagi menepati kehendak asas garis panduan yang dikeluarkan. Pelaksanaan sistem ini diakui banyak membantu pihak industri terutamanya dalam menjalankan pengawalan secara berfokus serta dalam memenuhi kehendak pensijilan yang ditetapkan oleh pihak JAKIM.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2019.
    Uncontrolled Keywords: Pensijilan halal Malaysia; Sembelihan halal; JAKIM; Produk halal; HAS
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
    K Law > K Law (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Law
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 27 Jun 2023 02:56
    Last Modified: 27 Jun 2023 02:56
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14543

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item