Analisis prinsip pembelaan hak kumpulan minoriti di bawah pendekatan Islam Hadhari di Malaysia / Ain Farhana Kamari

Ain Farhana , Kamari (2019) Analisis prinsip pembelaan hak kumpulan minoriti di bawah pendekatan Islam Hadhari di Malaysia / Ain Farhana Kamari. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Download (1366Kb)

    Abstract

    Kajian ini menjelaskan tentang pembelaan hak yang diberikan kepada kumpulan minoriti dengan memfokuskan kepada pendekatan Islam Hadhari. Sehubungan dengan itu, tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji corak pentadbiran Tun Abdullah. Ini kerana, beliau telah mengendalikan urusan minoriti berasaskan kepada pendekatan Islam Hadhari dengan menggunakan Islam sebagai instrumen asas. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif dan data-data yang diambil adalah berasaskan kepada metode temubual dan kajian perpustakaan. Oleh itu, kajian perpustakaan menumpukan kepada bahan-bahan bercetak yang sumber utamanya adalah ucapan Tun Abdullah dan institusi yang menguruskan Islam Hadhari serta penulisan-penulisan lain yang menyokong tema kajian. Metode temubual pula digunakan dengan menemubual individu yang mengetuai Institusi Islam Hadhari. Data-data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan analisis diskriptif tematik berasaskan kepada tema-tema yang telah ditentukan. Kajian ini mendapati bahawa pendekatan Islam Hadhari yang dilaksanakan oleh Tun Abdullah adalah terbuka kepada bukan Islam. Ini kerana, beliau telah membuat pemerkasaan terhadap dua institusi untuk menjaga orang bukan Islam. Institusi tersebut ialah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Jawatankuasa Khas di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pendekatan yang lunak dan terbuka ini telah menyebabkan orang bukan Islam meluahkan rasa dengan lebih bebas sehingga isu-isu yang terpendam semasa pentadbiran dahulu telah terbuka.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2019.
    Uncontrolled Keywords: Hak minoriti; Islam hadhari; Pentadbiran; Tun Abdullah; JPNIN
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Siasah Syar'iyyah
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 27 Jun 2023 03:02
    Last Modified: 27 Jun 2023 03:02
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14545

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item