Aiyub , Ahmad (2019) Pengurusan anak yatim dalam perspektif hadith: Kajian di Pondok Markas al-Ishlah al-Aziziyah, Banda Aceh / Aiyub Ahmad. Masters thesis, Universiti Malaya.
PDF (Thesis M.A.) Download (2119Kb) |
Abstract
Penubuhan Pondok Markas al-Ishlah al-Aziziyah (MIA) di Banda Aceh sebagai pusat penempatan anak-anak yatim adalah merupakan usaha yang sangat baik dari sudut pandangan agama dan keperluan dalam masyarakat Aceh. Khususnya usaha ini sebagai membantu penempatan anak-anak yatim mangsa konflik bersenjata dan tsunami di Aceh agar segala keperluan mereka tidak terabai. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji pengurusan anak yatim di Pondok Markas al-Ishlah al-Aziziyah (MIA) dan dibandingkan dengan pemahaman tentang pengurusan anak yatim dalam perspektif fiqh al-hadith. Hadith-hadith tentang pengurusan anak yatim tersebut adalah bersumberkan kepada al-Kutub al-Sittah yang dibahaskan berdasarkan kepada rujukan dalam kitab-kitab syarah hadith dan pandangan ulama. Keseluruhan perbincangan hadith dan kajian lapangan di Pondok Markas al-Ishlah al-Aziziyah (MIA) dibahaskan berdasarkan metode analisis induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat 113 hadith dalam al-Kutub al-Sittah yang berkaitan dengan anak yatim. Daripada keseluruhan hadith tersebut, pengkaji mengkhususkan kepada dua bahagian utama sahaja iaitu: [Pertama] pengurusan diri anak yatim yang melibatkan semua aspek keperluan asas hari-hari bagi anak yatim seperti makan minum, tempat tinggal, dan lain-lainnya dan fadilah mengurus anak yatim. [kedua] pengurusan harta anak yatim. Tema utama dalam perbincangan adalah [1] kadar dibolehkan makan harta anak yatim. [2] Ancaman bagi orang yang makan harta anak yatim. [3] jangan mencampuri harta anak yatim dengan harta persendirian. [4] Mengurus dan mengembangkan harta anak yatim. [5] Jaminan bagi harta anak yatim. Manakala dalam kajian lapangan di pondok MIA, didapati bahawa terdapat tiga metode utama pengurusan anak yatim yang dipraktikkan di pondok MIA iaitu: [1] Metode dalam pengurusan diri dan keperluan asas bagi anak yatim. [2] Metode dalam pendidikan. [3] Metode pengurusan harta anak yatim. Keseluruhan metode tersebut sama sekali tidak bercanggah dengan pemahaman daripada al-Quran dan hadith. Namun, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian oleh pihak pengurusan MIA demi memastikan agar segala amalan yang dilakukan secara sukarela tidak menyalahi tuntunan al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w. Antaranya ialah dengan cara mendidik ahli pengurusan agar memiliki akhlak Islamiah dengan menjauhi pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tidak merokok, mengamalkan disiplin yang tinggi dan lain-lainya lagi. Kesimpulan, dapat dirumuskan bahawa pondok MIA telah memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan anak-anak yatim mangsa konflik senjata dan tsunami terus terjamin dengan menggerakkan ahli-ahli pengurusan untuk mengwujudkan satu sistem pengurusan yang bersistematik supaya segala perancangan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kajian ini mencadangkan agar semua pihak, termasuk kerajaan yang memerintah, pihak swasta dan individu untuk menyalurkan pelbagai bentuk bantuan yang diperlukan oleh pondok MIA.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Additional Information: | Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2019. |
Uncontrolled Keywords: | Anak yatim; Pondok; Markas al-Ishlah al-Aziziyah; Aceh; Al-Kutub al-Sittah |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Academy of Islamic Studies > Dept of Al-Quran & Al- Hadith |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 28 Jun 2023 01:26 |
Last Modified: | 28 Jun 2023 01:26 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14548 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |