Konsep pertukaran perbankan konvensional kepada perbankan Islam: Kajian terhadap kefahaman kakitangan di bank Aceh / Munadhira Sabila

Munadhira , Sabila (2018) Konsep pertukaran perbankan konvensional kepada perbankan Islam: Kajian terhadap kefahaman kakitangan di bank Aceh / Munadhira Sabila. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Download (1208Kb)

    Abstract

    Pertukaran perbankan konvensional kepada perbankan Islam memberikan kesan kepada prestasi kakitangan bagi industri perbankan di Aceh. Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui dan menganalisis kefahaman kakitangan Bank Aceh iaitu Bank Kerajaan Aceh terhadap operasi Bank Islam selepas berlakunya pertukaran dari perbankan konvensional kepada perbankan Islam yang telah dilaksanakan sejak dari September 2016. Maklumat lanjut berkaitan dengan penyelidikan ini telah diperolehi melalui kaedah temu bual semi berstruktur dan ianya merupakan metodologi kajian melalui kaedah pengumpulan data kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa kefahaman kakitangan bank Aceh terhadap operasi bank Islam selepas Pertukaran seperti kefahaman terhadap produk bank Islam masih di tahap yang rendah. Bahkan, dalam hal menjelaskan jawapan kepada pertanyaan daripada pelanggan sendiri didapati masih kurang memuaskan. Namun Bank Aceh terus memberikan pendidikan dan latihan asas perbankan Islam sehingga kini dan melantik kakitangannya yang berasal dari Unit Usaha Syariah sebelumnya untuk menjelaskan atau membantu rakannya daripada konvensional. Kajian ini juga menjelaskan tentang konsep pertukaran daripada perbankan konvensional kepada perbankan Islam melalui pelbagai mekanisme berdasarkan standard No. 6 AAOIFI, peraturan di Indonesia baik Bank Indonesia mahupun Otoritas Jasa Keuangan (OJK) dan juga penyelidikan terdahulu.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Pertukaran; Bank konvensional; Bank Islam; Syariah; Keuntungan
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    H Social Sciences > HG Finance
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Economics
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 28 Jun 2023 01:55
    Last Modified: 28 Jun 2023 01:55
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14553

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item