Amalan pendidikan anti bias dalam pengajaran pra sekolah di Tawau, Sabah / Abdullah Kadir

Abdullah , Kadir (2019) Amalan pendidikan anti bias dalam pengajaran pra sekolah di Tawau, Sabah / Abdullah Kadir. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (182Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (3003Kb)

      Abstract

      Amalan Pendidikan Anti-Bias (APAB) penting sebagai sumber utama dalam menyatupadukan etnik, agama dan budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai. Dalam kajian ini, pengkaji meneroka Amalan Pendidikan Anti-Bias (APAB) yang berfokus di kelas prasekolah. Teori Ekologi, Teori dan Model Pendidikan Pelbagai Budaya serta Teori Al-Ghazali dijadikan sebagai panduan, pengetahuan dan pemahaman kepada pengkaji dalam menerokai APAB. Terdapat empat aspek utama APAB yang diterokai dan diteliti: (i) aspek pengetahuan kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) guru prasekolah; (ii) aspek kedua, pendekatan pengajaran APAB yang diamalkan guru dalam kelas prasekolah; (iii) penerapan APAB dalam pengajaran di kelas prasekolah; (iv) sumber rintangan yang dihadapi dalam penerapan APAB di kelas prasekolah. Seramai 5 orang peserta kajian yang mempunyai pengalaman mengajar selama 5 hingga 23 tahun terlibat dalam kajian ini. Pemilihan peserta kajian berdasarkan pengalaman mengajar, pengetahuan dan persetujuan bersama. Pengumpulan maklumat kajian dilakukan melalui protokol temu bual, protokol pemerhatian pengajaran dan analisis kandungan dokumen yang berlangsung selama 5 bulan. Bagi menghasilkan penemuan yang padat dan holistik, kajian ini melakukan analisis dapatan cadangan Meriam (2002). Manakala kesahan dan kebolehpercayaan berdasarkan teknik triangulasi, pengesahan peserta kajian, indeks skala Cohen Kaffa dan tempoh kajian. Dapatan penerokaan kajian mendapati, latar belakang pengetahuan kandungan KSPK peserta kajian menggalakkan guru kepada pengajaran dan penerapan APAB. Di kelas prasekolah, penerapan APAB adalah melibatkan pendekatan kemahiran guru dan pendekatan kemahiran murid. Pendekatan Belajar Melalui Bermain masih merupakan pendekatan yang berkesan dalam membina minat, pengetahuan, meningkatkan kesedaran dan pemikiran kritis murid. Manakala dalam pengajaran, APAB diterapkan dalam perancangan pengajaran, pendekatan pedagogi pengajaran, pemupukan sosio budaya dan sosio ekonomi rutin harian serta sahsiah mulia guru. Selain itu, hasil dapatan kajian membuktikan bahawa tidak terdapat sumber rintangan dalam penerapan APAB yang melibatkan jantina, etnik, sosioekonomi dan kemahiran guru mengajar. Manakala terdapat rintangan pengajaran dalam penerapan APAB melibatkan sosiobudaya dan perkembangan murid yang diwarisi murid dari pendidikan ibu bapa semasa di rumah.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2019.
      Uncontrolled Keywords: Amalan Pendidikan Anti-Bias (APAB); Pra sekolah; Kesedaran; Pemikiran kritis; Holistik
      Subjects: L Education > LC Special aspects of education
      Divisions: Faculty of Education > Dept of Educational Psychology & Counselling
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 07 Jul 2023 03:03
      Last Modified: 07 Jul 2023 03:03
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14590

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item