Model pengetahuan matematik untuk pengajaran guru pra perkhidmatan di Institut Pendidikan Guru / Muhamad Nazri Abdul Rahman

Muhamad Nazri , Abdul Rahman (2019) Model pengetahuan matematik untuk pengajaran guru pra perkhidmatan di Institut Pendidikan Guru / Muhamad Nazri Abdul Rahman. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (187Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (2734Kb)

      Abstract

      Isu tahap penguasaan pengetahuan matematik untuk pengajaran yang rendah dalam kalangan guru pra perkhidmatan telah menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan program pendidikan guru matematik yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi penguasaan pengetahuan matematik untuk pengajaran (PMUP) dalam kalangan guru pra perkhidmatan di IPG. Pengaruh faktor kepercayaan matematik, kepercayaan efikasi pengajaran matematik (KEPM) dan peluang untuk belajar (PUB) telah diuji bagi menjelaskan faktor mempengaruhi PMUP. Kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk korelasi telah dijalankan ke atas 132 orang guru pra perkhidmatan di IPG seluruh negara. Data-data kajian telah dipungut dengan menggunakan borang soal selidik dan ujian pensel dan kertas yang diadaptasi daripada kajian lepas. Teknik analisis data deskriptif telah dijalankan menggunakan perisian SPSS versi 23, manakala analisis inferensi pula telah dijalankan menggunakan teknik analisis Pemodelan Kuasa Dua Terkecil Separa (PLS-SEM). Perisian SmartPLS 3.0 telah digunakan untuk menguji model pengukuran dan model struktural kajian. Berdasarkan analisis deskriptif yang telah dijalankan, didapati tahap penguasaan PMUP dalam kalangan guru pra perkhidmatan di IPG adalah pada tahap sederhana (Min=54.98, S.P=7.49). Skor minimum yang diperoleh adalah 41% manakala skor maksimum pula adalah sebanyak 75%. Tahap kepercayaan matematik, kepercayaan efikasi pengajaran matematik dan peluang untuk belajar pula adalah sederhana tinggi dengan (Min=3.16, S.P=0.418), (Min=3.24, S.P=0.483) dan (Min=3.92, S.P=0.453) masing-masing. Selain itu, berdasarkan analisis yang telah dijalankan didapati faktor kepercayaan matematik mempunyai hubungan yang signifikan dengan PMUP (β = 0.486, t = 7.703, p < 0.001). Dapatan daripada analisis yang telah dijalankan juga mendapati faktor KEPM mempunyai hubungan yang signifikan dengan PMUP (β = 0.290, t = 5.144, p < 0.001). Seterusnya, didapati faktor peluang untuk belajar juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan PMUP (β = 0.254, t = 3.436, p < 0.05). Analisis lanjutan yang telah dijalankan mendapati faktor kepercayaan matematik dan KEPM berperanan sebagai perantara hubungan di antara PUB dengan PMUP secara signifikan. Selain itu, analisis lanjutan yang telah dijalankan juga turut mendedahkan bahawa faktor jantina tidak berperanan sebagai moderator hubungan di antara KEPM dengan PMUP. Secara keseluruhannya, didapati model faktor yang mempengaruhi PMUP guru pra perkhidmatan yang telah dihasilkan ini adalah sah dan mempunyai kekuatan peramalan. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, didapati ketiga-tiga faktor, iaitu KM, KEPM dan PUB telah menyumbang sebanyak 88.9% terhadap PMUP. Ini bermaksud, secara keseluruhannya model ini mempunyai kekuatan peramalan yang besar. Kajian ini telah memberikan implikasi yang yang positif kepada teori dan amalan pendidikan matematik kerana telah berjaya menghasilkan sebuah model yang mampu meramal faktor-faktor mempengaruhi PMUP guru pra perkhidmatan. Selain itu, kajian ini juga turut memberikan sumbangan yang signifikan dari aspek empirikal dan metodologikal kerana telah berjaya menguji peranan pemboleh ubah perantara dan moderator serta penggunaan pelbagai kaedah bagi memastikan item-item yang digunakan adalah sah dan boleh dipercayai. Selain daripada faktor-faktor yang diuji dalam kajian ini, faktor lain seperti status sosio ekonomi dan penglibatan dalam pengajaran dan penyelidikan juga turut didapati mempengaruhi penguasaan PMUP guru. Justeru terdapat keperluan untuk menjalankan kajian lanjutan pada masa akan datang dengan mengambil kira faktor-faktor yang telah dicadangkan bagi meningkatkan kekuatan peramalan model ini.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2019.
      Uncontrolled Keywords: Institut Pendidikan Guru; Matematik; Kepercayaan konstruktivis; Pengetahuan guru; Guru pra perkhidmatan
      Subjects: L Education > L Education (General)
      Q Science > QA Mathematics
      Divisions: Faculty of Education > Dept of Mathematics & Science Education
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 07 Jul 2023 07:56
      Last Modified: 07 Jul 2023 07:56
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14591

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item