Pembangunan modul pengajaran pantun Melayu tingkatan 2 berasaskan maksud al-Quran mengenai keindahan flora, fauna dan langit / Rashidah Mohd

Rashidah , Mohd (2019) Pembangunan modul pengajaran pantun Melayu tingkatan 2 berasaskan maksud al-Quran mengenai keindahan flora, fauna dan langit / Rashidah Mohd. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (201Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (2818Kb)

      Abstract

      Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Pengajaran Pantun Melayu berasaskan maksud al-Quran mengenai keindahan flora, fauna dan langit untuk tingkatan 2 kelas aliran agama (KAA) sekolah menengah kebangsaan. Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk dan pembangunan (Design and Development Research) yang diperkenalkan oleh Richey dan Klein yang mengandungi tiga fasa. Objektif kajian fasa I iaitu analisis keperluan adalah untuk mengenal pasti keperluan guru terhadap modul pengajaran pantun Melayu untuk tingkatan 2. Ia dijalankan ke atas 63 responden yang terdiri daripada kalangan guru bahasa Melayu sekolah menengah yang berpengalaman mengajar selama lebih tiga tahun. Objektif kedua bagi fasa 2 ialah untuk mereka bentuk dan membangunkan kandungan modul dengan menggunakan temu bual dan Metode Fuzzy Delphi (FDM). Responden fasa 2 melibatkan tujuh penal pakar dan 25 pakar guru yang memiliki kepakaran dalam aspek yang dikaji. Objektif ketiga bagi fasa 3 ialah menilai kebolehgunaan modul yang dibina. Fasa 3 menggunakan metode eksperimen satu kumpulan (Salkind, 2006) yang dijalankan di salah sebuah sekolah menengah daerah Gombak, Selangor. Bagi fasa 3, terdapat 4 teknik kutipan data menerusi temu bual pra dan pasca, ujian pasca penghasilan pantun Melayu dan soal selidik sikap oleh responden kajian. Dapatan Fasa 1 (I) menunjukkan bahawa para guru memerlukan panduan atau modul terancang bagi membantu mereka khususnya terhadap pengajaran pantun Melayu. Hasil dapatan fasa 2 (II), FDM menunjukkan penerimaan kesepakatan kumpulan pakar terhadap 62 daripada 65 item dengan memperolehi 75% markah dan ini memenuhi syarat konsensus dalam FDM. Empat komponen mendapat persetujuan tertinggi daripada pakar iaitu ciri-ciri reka bentuk 92.53%, komponen utama 86.80%, aktiviti utama mendapat 97.60%, serta program dan aktiviti mendapat 89.68%. Dapatan temu bual pasca bagi fasa ini menunjukkan responden berasa seronok menggunakan bahan pantun Melayu berasaskan maksud al-Quran dan berharap proses pengajaran dilanjutkan lagi. Hasil dapatan fasa 3 (III) menerusi eksperimen satu kumpulan menunjukkan responden berjaya memperoleh pencapaian cemerlang, kepujian dan baik terhadap ujian kefahaman pantun Melayu. Manakala responden berjaya memperolehi pencapaaian cemerlang bagi pertandingan MS power point berkait dengan ciptaan pantun Melayu. Rumusan kajian menunjukkan Modul Pengajaran Pantun Melayu berasaskan maksud al-Quran tentang keindahan flora, fauna dan langit yang dihasilkan adalah menpunyai nilai kebolehgunaaan yang tinggi dan modul ini boleh dijadikan panduan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menambah bahan mengajar KOMSAS khasnya pantun Melayu remaja di peringkat sekolah.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2019.
      Uncontrolled Keywords: Quran; Modul pengajaran pantun Melayu; Tingkatan 2; Komunikasi; Model komunikasi Shannon
      Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
      L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
      Divisions: Faculty of Education > Dept of Curriculum & Instructional Technology
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 07 Jul 2023 08:04
      Last Modified: 07 Jul 2023 08:04
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14594

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item