Pengaruh penglibatan bapa dalam program intervensi awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas / Mohamad Ilmee Mohamad Zin

Mohamad Ilmee , Mohamad Zin (2019) Pengaruh penglibatan bapa dalam program intervensi awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas / Mohamad Ilmee Mohamad Zin. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (190Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (3537Kb)

      Abstract

      Kajian ini bertujuan untuk menguji samada penglibatan bapa mempunyai hubungan terhadap program intervensi awal, samada program intervensi awal mempunyai hubungan terhadap kesejahteraan kanak-kanak berkeperluan khas, samada penglibatan bapa mempunyai hubungan terhadap kesejahteraan kanak-kanak berkeperluan khas, dan samada program intervensi awal adalah perantara hubungan (mediator) antara penglibatan bapa dan kesejahteraan kanak-kanak berkeperluan khas. Penyelidikan kuantitatif secara tinjauan (survey) dilaksanakan dengan mengedarkan soal selidik kajian (adaptasi dan bina) kepada 158 orang responden bapa yang mempunyai kanak-kanak berkeperluan khas berumur 4 tahun hingga 8 tahun berdasarkan persampelan rawak mudah di 13 buah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK), Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Penganalisaan data kajian menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22 bagi data demografi dan Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM) oleh Hair et al. (2017, 2014) untuk data multivariat berdasarkan empat hipotesis kajian yang dikemukakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesahan menumpu iaitu factor loadings bagi 16 item > 0.708, AVE > 0.50 dan kebolehpercayaan komposit > 0.70 adalah signifikan. Kesahan diskriminan (Fornell-Larcker Criterion dan Cross Loading) juga adalah signifikan. Oleh itu, dapatan kajian telah menunjukkan penglibatan bapa mempunyai hubungan terhadap program intervensi awal (ß = 0.807, p < 0.05, [t = 33.798, > 1.96]); program intervensi awal mempunyai hubungan terhadap kesejahteraan kanak-kanak berkeperluan khas (ß = 0.449, p < 0.05, [t = 10.750, > 1.96]); penglibatan bapa mempunyai hubungan terhadap kesejahteraan kanak-kanak berkeperluan khas (ß = 0.557, p < 0.05, [t = 16.512, > 1.96]); dan kewujudan program intervensi awal sebagai perantara hubungan (mediator) antara penglibatan bapa dengan kesejahteraan kanak-kanak berkeperluan khas (PB -> PIA = 33.798, PIA -> KKKBK = 10.750, PB -> KKKBK = 16.512, VAF = 0.50, p < 0.05, t > 1.96). Kajian juga mendapati bahawa kesejahteraan kanak-kanak berkeperluan khas dipengaruhi oleh empat item (ekonomi anak, kesihatan anak, komuniti anak serta perumahan dan persekitaran anak); program intervensi awal dipengaruhi oleh tujuh item (kanak-kanak berkeperluan khas, rancangan perkhidmatan keluarga-individu, nota bertulis, saringan, pemantauan, pembangunan profesional dan program pencegahan); serta penglibatan bapa dipengaruhi oleh lima item (proses pemikiran, penyelenggaraan, berkongsi minat, sokongan emosi dan masa). Kajian juga telah membangunkan model dan soal selidik penglibatan bapa dalam program intervensi awal untuk kesejahteraan kanak-kanak berkeperluan khas di samping memberikan implikasi-implikasi secara teoritikal dan praktikal serta sumbangan mediator. Kajian ini mencadangkan saringan pengesanan awal, kepelbagaian responden kajian dan triangulasi untuk kajian masa hadapan. Kesimpulannya, kajian ini telah membuktikan tiga hipotesis kajian adalah signifikan dan satu hipotesis mengesahkan kewujudan mediator (sebahagian).

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2019.
      Uncontrolled Keywords: Kanak-kanak berkeperluan khas; Program intervensi awal; Kesejahteraan kanak-kanak; Belia; Pembangunan
      Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
      L Education > LC Special aspects of education
      Divisions: Faculty of Education > Dept of Educational Psychology & Counselling
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 07 Jul 2023 08:14
      Last Modified: 07 Jul 2023 08:14
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14595

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item