Amalan komuniti pembelajaran profesional sekolah berprestasi tinggi di Malaysia / Chong Chee Keong

Chong , Chee Keong (2019) Amalan komuniti pembelajaran profesional sekolah berprestasi tinggi di Malaysia / Chong Chee Keong. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (216Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (2041Kb)

      Abstract

      Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) di sekolah kebangsaan bertaraf Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Malaysia. Secara khusus, kajian ini menganalisis keberkesanan amalan KPP, perbezaan amalan antara jenis sekolah kebangsaan yang melibatkan sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan bertaraf SBT di Malaysia serta perkaitan antara keberkesanan pelaksanaan KPP dengan faktor jantina dan pengalaman mengajar. Di samping itu juga, kajian ini menerokai faktor penghalang keberkesanan KPP. Kajian ini turut mengenal pasti sama ada wujud kesepadanan antara model cadangan dengan data kajjian. Untuk memungut data dan seterusnya menjawab soalan kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan melibatkan 402 orang guru di sekolah kebangsaan bertaraf SBT. Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data untuk mendapat hasil dapatan kajian seperti min dan sisihan piawai, inferensi (Structural Equation Modeling) dan analisis tematik. Kajian ini menemui tahap keberkesanan pelaksanan KPP adalah tinggi dan sangat memuaskan apabila skor min melebihi 3.3. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan antara Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam melaksanakan KPP apabila p<0.05. Kajian turut menemui tidak wujud perkaitan yang signifikan antara keberkesanan pelaksanaan KPP dengan faktor jantina apabila p>0.05. Faktor penghalang utama keberkesanan KPP adalah guru kurang diperuntukkan waktu khusus dan kurang sokongan pemimpin sekolah. Manakala, strategi utama untuk mengatasi halangan tersebut adalah keperluan mewujudkan budaya kolaboratif dalam kalangan pihak berkepentingan pendidikan khususnya pemimpin sekolah, guru dan ibu bapa. Bentuk model cadangan KPP bagi SBT telah disahkan apabila data kajian menunjukkan kesepadanan dengan model modifikasinya (NFI, RFI, IFI, TLI, CFI >.90, RMSEA <.10). Implikasi kajian ini menunjukkan keberkesanan pelaksanaan sesuatu amalan bergantung kepada kewujudan budaya kolektif dan kolaboratif dalam kalangan warga sekolah khususnya pemimpin sekolah, guru, murid dan ibu bapa.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2019.
      Uncontrolled Keywords: Komuniti pembelajaran profesional; Sekolah kebangsaan; Sekolah berprestasi tinggi
      Subjects: L Education > L Education (General)
      L Education > LC Special aspects of education
      Divisions: Faculty of Education > Dept of Educational Management, Planning & Policy
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 10 Jul 2023 01:35
      Last Modified: 10 Jul 2023 01:35
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14600

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item