Ganti rugi bagi kes kemalangan jalan raya: Ke arah mengharmonisasikan prinsip diyat ke dalam undang-undang Di Malaysia / Siti Aisyah Samudin

Siti Aisyah , Samudin (2019) Ganti rugi bagi kes kemalangan jalan raya: Ke arah mengharmonisasikan prinsip diyat ke dalam undang-undang Di Malaysia / Siti Aisyah Samudin. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis PhD)
Download (2215Kb)

    Abstract

    Kes kemalangan jalan raya di Malaysia telah mencatatkan rekod paling buruk bagi tempoh lima tahun kebelakangan ini. Pemakaian undang-undang kes sebagai rujukan utama dalam pemberian ganti rugi membawa kepada penetapan kuantum ganti rugi dengan jurang perbezaan yang besar walau untuk kecederaan yang sama. Rentetan itu, satu kompendium bagi kecederaan diri telah disusun oleh Jabatan Peguam Negara sebagai rujukan namun, tidak juga memberi penyelesaian kepada penetapan ganti rugi yang berbeza-beza. Objektif penyelidikan ditumpukan kepada aspek perlindungan ke atas mangsa kemalangan jalan raya menurut kerangka perundangan Malaysia merangkumi kaedah pemberian ganti rugi, melalui pihak insurans dan takaful atau dana persendirian dan diteruskan dengan perbincangan ganti rugi menurut Islam. Pendekatan kualitatif dilaksanakan merangkumi metod dokumentasi, temu bual dan observasi. Analisis data dilakukan secara deskriptif, kandungan dan tematik yang dikukuhkan dengan metod triangulasi data. Hasil kajian mendapati kaedah pemberian ganti rugi sivil dari sudut pelaksanaan dan rujukan perundangan belum menjamin perlindungan ke atas mangsa secara menyeluruh. Penetapan kuantum ganti rugi adalah rumit dan tidak tetap kerana pembuktiannya banyak bergantung kepada unsur jangkaan dan tertakluk kepada keputusan kes-kes terdahulu. Kadar ganti rugi yang ditetapkan mahkamah juga didapati lebih rendah berbanding kadar yang diperlukan oleh hayat manusia. Sebaliknya, perundangan Islam menyediakan kaedah pemberian ganti rugi yang lebih mudah dan jelas dengan kadar tetap bagi kematian dan kecederaan fizikal melalui kaedah diyat dan arsh di samping ruang kepada budi bicara hakim bagi ganti rugi material dan mendatang berdasarkan ḥukūmah al-„adl. Hal ini menjustifikasikan keperluan harmonisasi diyat dan kaedah ganti rugi sedia ada bagi memberi perlindungan komprehensif kepada mangsa kemalangan jalan raya.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2019.
    Uncontrolled Keywords: Ganti rugi kemalangan jalan raya; Diyat; Insurans; Takaful; kompendium bagi penetapan kecederaan peribadi
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    K Law > K Law (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Law
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 10 Jul 2023 06:14
    Last Modified: 10 Jul 2023 06:14
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14605

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item