Pemikiran Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani tentang azab kubur: Kajian terhadap kitab Kasyf al-Ghaybiyyāt / Mohd Nasir Utut

Mohd Nasir , Utut (2018) Pemikiran Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani tentang azab kubur: Kajian terhadap kitab Kasyf al-Ghaybiyyāt / Mohd Nasir Utut. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Download (3446Kb)

    Abstract

    Disertasi ini bertajuk “Pemikiran Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fatani Tentang Azab Kubur: Kajian Terhadap Kitab Kasyf al-Ghaybiyyāt”. Fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji latar belakang penulisan kitab Kasyf al-Ghaybiyyāt, kandungan perbahasan dan keistimewaannya sebagai karya ilmiah, dan kajian ini juga mengkaji pemikiran Zainal Abidin al-Fatani tentang azab kubur dalam kitab Kasyf al-Ghaybiyyāt, dan menganalisis perbandingan pemikiran Zainal ‘Abidin al-Fatani berkaitan azab kubur dengan ulama-ulama Melayu. Perbincangan tentang azab kubur ini adalah lebih kepada persoalan roh, soal Munkar dan Nakir dan situasi azab di alam kubur. Dari segi metodologinya pula, disertasi ini lebih kepada kajian perpustakaan, seperti pengumpulan data daripada beberapa karya akidah yang sesuai dengan kajian ini. Kajian ini juga mengunakan metode komparatif dalam membuat perbandingan bagi menilai kecenderungan pemikiran Zainal Abidin al-Fatani terhadap mana-mana aliran pemikiran dalam Islam. Kajian ini juga dianalisis melalui perbandingan dengan kitab-kitab jawi yang lain untuk mengetahui persamaan serta perbezaan dalam perbahasan azab kubur. Analisis kajian ini mendapati penulisan kitab Kasyf al-Ghaybiyyātadalah hasil daripada permintaan sahabat-sahabat Zainal Abidin al-Fatani supaya menulis kitab dalam ejaan jawi, untuk memudahkan mereka yang tidak tahu berbahasa Arab dapat mendalami ilmu agama. Keistimewaan kitabKasyf al-Ghaybiyyāt, dapat dilihat melalui sumber rujukannya iaitu al-Qur’an, al-hadith dan kitab-kitab muktabar. Adapun pemikiran Zainal Abidin al-Fatani tentang azab kubur dalam kitab Kasyf al-Ghaybiyyāt lebih cenderung kepada pemikiran al-Asyā’irah yang merupakan sebahagian daripada aliran Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah, dan tidak banyak perbezaan dalam membahaskan persoalan azab kubur dalam kitab Kasyf al-Ghaybiyyātdengan kitab Jawi yang lain.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2018.
    Uncontrolled Keywords: Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani; Azab kubur; Ulama' Melayu; Kasyf al-Ghaybiyyāt; Roh
    Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
    B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    B Philosophy. Psychology. Religion > BT Doctrinal Theology
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Aqidah & Islamic Thought
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 12 Jul 2023 02:41
    Last Modified: 12 Jul 2023 02:41
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14609

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item