Pengurusan pengoperasian dan pengajaran guru prasekolah: Satu kajian kes luar bandar / Mardziah Abdullah

Mardziah , Abdullah (2019) Pengurusan pengoperasian dan pengajaran guru prasekolah: Satu kajian kes luar bandar / Mardziah Abdullah. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (The Candidate's Agreement)
Restricted to Repository staff only

Download (204Kb)
    [img] PDF (Thesis PhD)
    Download (3200Kb)

      Abstract

      Kajian ini memberi fokus kepada pengurusan pengoperasian dan pengajaran guru prasekolah luar bandar. Kajian dilaksanakan di dua buah sekolah kebangsaan di Daerah Jempol, Negeri Sembilan. Seramai 4 orang guru prasekolah terlibat dalam kajian ini. Hasil dapatan diguna untuk menganalisis apakah kelemahan yang terdapat dalam pengurusan pengoperasian dan pengajaran di prasekolah. Kajian ini adalah kajian kes bersifat kualitatif. Bagi mencapai objektif kajian, pengutipan data dilakukan melalui temu bual, pemerhatian dan penganalisaan dokumen yang berlangsung selama tujuh bulan. Temu bual diadakan sebanyak 5 kali. Temu bual pertama dilakukan untuk mengetahui tentang pengurusan pengoperasian dan pengajaran di prasekolah. Manakala temu bual kedua pula adalah untuk mendapat respon dari peserta kajian berkenaan isu-isu sebenar yang berlaku semasa mengurus pengoperasian dan pengajaran di prasekolah. Soal selidik yang digunakan diadaptasi dan di ubah suai dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan penyelidik terdahulu. Penganalisaan data dibahagikan kepada dua tahap yang menghuraikan pengetahuan dan pelaksanaan dari aspek pengurusan pengoperasian, pengurusan pengajaran dan tugas sampingan guru prasekolah. Semua sesi temu bual dirakam secara audio dan catatan lapangan di buat oleh pengkaji. Protokol pemerhatian pula meneroka pengurusan pengoperasian prasekolah, pengurusan pengajaran dan tugas sampingan dalam kerja hakiki. Data temu bual termasuk rakaman audio dibuat transkripsi dan dianalisis secara manual. Manakala analisis dokumen dan catatan lapangan melalui kaedah interpretasi. Indeks Cohen Kappa dan kaedah triangulasi digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan data kajian. Dapatan kajian menunjukkan peserta kurang mendapat bimbingan dari pihak pentadbir dalam pengurusan pengoperasian prasekolah. Dalam aspek pengurusan pengajaran, peserta tidak mengikut kurikulum dan kurang memiliki kefahaman isi kandungan kurikulum. Walau bagaimanapun konsep pengajaran prasekolah dikuasai oleh peserta kecuali P3. Kajian juga mendapati peserta tetap melaksanakan tugas sampingan walaupun tugas hakiki di bilik darjah belum selesai. Oleh itu dapatan kajian ini diharap dapat membantu pihak yang bertanggungjawab menyediakan platform terbaik untuk guru-guru prasekolah di Malaysia.

      Item Type: Thesis (PhD)
      Additional Information: Thesis (PhD) – Faculty of Education, Universiti Malaya, 2019.
      Uncontrolled Keywords: Guru prasekolah; Pengurusan pengoperasian; KPM; Pengurusan wang perkapita sekolah; Murid
      Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
      L Education > LC Special aspects of education
      Divisions: Faculty of Education > Dept of Educational Psychology & Counselling
      Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
      Date Deposited: 13 Jul 2023 06:09
      Last Modified: 13 Jul 2023 06:09
      URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14620

      Actions (For repository staff only : Login required)

      View Item