Penswastaan kawasan setinggan: Satu kajian kes terhadap projek pembangunan Vista Angkasa di Kg. Kerinci / Maimunah Salleh

Maimunah , Salleh (1994) Penswastaan kawasan setinggan: Satu kajian kes terhadap projek pembangunan Vista Angkasa di Kg. Kerinci / Maimunah Salleh. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree)
Download (16Mb)

    Abstract

    Kajian ini mengenai projek pembangunan perumahan kos sederhana dan kos rendah Vista Angkasa. Bab I, sebagai pengenalan, beberapa kaedah kajian digunakan terutamanya membuat persampelan, kaji selidik atau siasatan dan temubual. Tujuan kajian untuk melihat apakah jenis pembangunan dan siapakah pembeli-pembeli unit rumah tersebut. Bab II pula membincangkan sejarah Bukit Kerinci sejak sebelum merdeka lagi, dari segi geografi dan penerokanya. juga melihat taraf tanah tersebut dan permulaan persetingganan di kawasan ini. Selain dari itu, bab ini juga melihat perkembangan kawasan Kampung Kerinci ini sehingga sekarang dan latarbelakang projek pembangunan peru mahan Vista Angkasa. Manakala bab III, membincangkan secara terperinci projek pembangunan Vista Angkasa. Terdapat tiga jenis pembangunan iaitu perumahan, perdagangan dan kemudahan awam serta rekreasi. Dari segi perumahan, terdapat dua jenis pembangunan perumahan iaitu perumahan kos sederhana yang meliputi enam blok dan peru mahan kos rendah yang meliputi satu blok. Selain dari itu, kos pembangunan juga dibincangkan. Bab IV merupakan perbincangan hasil dari kerja lapangan yang dilakukan. Analisis dari data-data survey berkenaan dengan responden dari segi sosio-ekonomi mereka. Terutama yang ditekankan adalah latarbelakang responden dari segi keturunan, bilangan isirumah, taraf pendidikan, pendapatan, jenis rumah dahulu serta tujuan pembelian. Selain dari itu, yang penting juga adalah tingkat kepuasan responden terhadap rumah yang dibeli di Vista Angkasa. Perbincangan terhadap responden berpendapatan rendah atau responden yang membeli rumah kos rendah di blok G dibincangkan dalam bab V. Dalam bab ini latarbelakang responden dari segi bilangan isirumah yang dikaitkan dengan jumlah bilik serta pendapatan bulanan. Selain dari itu, dibincangkan juga mengenai rekabentuk rumah dan saiz ruang untuk melihat penilaian responden terhadap keadaan tersebut. Keadaan ini disebabkan biasanya rumah kos rendah adalah kecil dan jumlah biliknya terhad. Sebagai rumusannya dalam bab VI, perbincangan secara keseluruhan perkembangan pembangunan perumahan di Malaysia. Perbincangan berdasarkan kepada kajian yang diperolehi dari kerja lapangan yang dilakukan. Cuba melihat mengapa program perumahan kos rendah dan dalam menyediakan perumahan untuk kumpulan sasaran perumahan awam, masih tidak mencapai matlamatnya.

    Item Type: Thesis ( Undergraduates)
    Additional Information: Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1993/1994.
    Uncontrolled Keywords: Vista Angkasa; Perumahan kos sederhana; Penswastaan; Perumahan awam; Sosio-ekonomi
    Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
    H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 17 Jul 2023 03:06
    Last Modified: 17 Jul 2023 03:06
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14634

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item