Kesan dan aspirasi pembangunan masyarakat Iban di Pedalaman Sarawak: Kajian kes di Nanga Engkuah, Song, Sarawak / Mula Anak Kelabu

Mula , Kelabu (2019) Kesan dan aspirasi pembangunan masyarakat Iban di Pedalaman Sarawak: Kajian kes di Nanga Engkuah, Song, Sarawak / Mula Anak Kelabu. Masters thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis M.A.)
Download (3418Kb)

    Abstract

    Kajian membuat kupasan mengenai aspirasi pembangunan masyarakat Iban dan peripentingnya pembangunan mengikut aspirasi masyarakat Iban itu sendiri. Aspirasi masyarakat sasaran merupakan pelengkap kepada kaedah pembangunan ikut-serta yang mengukuhkan pembangunan mampan. Kajian ini mengetengahkan satu kumpulan masyarakat Iban yang tinggal di kawasan pedalaman di daerah Song, Kapit, Sarawak. Secara umum, kajian ini mengaplikasikan teori yang dikemukakan oleh Amartya Sen (1999) yang menyarankan pembangunan adalah kebebasan. Teori beliau menjadi kerangka sebagai panduan dalam meneroka penerimaan pembangunan dalam kalangan masyarakat sasaran. Hasil kajian mendapati bahawa meskipun terdapat program atau rancangan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan kepada masyarakat Iban di kawasan kajian, namun pada peringkat pelaksanaan atau perancangan, program pembangunan tersebut kurang berjaya. Kegagalan dalam mencapai penerimaan sepenuhnya aspirasi pembangunan menurut kehendak masyarakat itu sendiri dilihat sebagai kegagalan dalam merealisasikan kebebasan yang dicitakan. Berikutan dengan itu, masyarakat Iban di rumah panjang mempunyai aspirasi pembangunan sendiri bagi memastikan kehidupan mereka bergerak ke arah yang lebih baik meskipun berada jauh di pedalaman. Aspirasi pembangunan menurut masyarakat di kawasan kajian akan dikupas secara holistik iaitu merangkumi aspek sosioekonomi, politik dan identiti peribumi dengan menggunakan kaedah kajian etnografi dan dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik iaitu berdasarkan tema-tema yang berpola dalam satu fenomena.

    Item Type: Thesis (Masters)
    Additional Information: Dissertation (M.A.) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 2019.
    Uncontrolled Keywords: Masyarakat Iban; Pembangunan; Sarawak; Aspirasi; Kemiskinan
    Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology
    H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
    Divisions: Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of Anthropology & Sociology
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 26 Jul 2023 07:50
    Last Modified: 26 Jul 2023 07:50
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14667

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item