Pemakaian undang-undang tatacara MAL dalam prosiding tuntutan fasakh di Mahkamah Syariah Malaysia / Mohd Zaidi Md Zain @ Zakaria

Mohd Zaidi , Md Zain @ Zakaria (2019) Pemakaian undang-undang tatacara MAL dalam prosiding tuntutan fasakh di Mahkamah Syariah Malaysia / Mohd Zaidi Md Zain @ Zakaria. PhD thesis, Universiti Malaya.

[img] PDF (Thesis PhD)
Download (1785Kb)

    Abstract

    Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor kelewatan prosiding fasakh dan menganalisis peruntukan dalam Undang-undang Tatacara Mal. Untuk menganalisa peruntukan tersebut, kajian ini telah membuat perbandingan dengan peruntukan yang digunapakai di Singapura dan Brunei. Ini memandangkan kedua-dua negara tersebut mempunyai latar belakang sejarah penggubalan undang-undang yang hampir sama dengan Malaysia di mana ketiga-tiga negara tersebut adalah bekas jajahan British dan berteraskan sistem perundangan common law. Pengkaji menggunakan kaedah gabungan iaitu penerokaan berturutan yang melibatkan dua fasa, 1) pengumpulan data kajian kualitatif (fasa pertama) dan diikuti oleh pengumpulan data kajian kuantitatif (fasa kedua). Pengkaji menjalankan kajian kes pada fasa pertama untuk mengumpul data kualitatif dengan menggunakan kaedah pemerhatian pada dua kes fasakh secara terperinci, temu bual terhadap peguam-peguam syarie di Malaysia, Singapura dan Brunei serta analisis dokumen. Dapatan kajian kes ini seterusnya digunakan oleh pengkaji untuk membina soal selidik pada fasa kedua. Kajian tinjauan menggunakan soal selidik terhadap 180 orang peguam syarie di Malaysia dilaksanakan pengkaji untuk mendapatkan pandangan dan mengenalpasti masalah-masalah yang menjadi punca utama kepada kelewatan dalam proses tuntutan fasakh serta cadangan penambahbaikkan peruntukan undang-undang yang dipersetujui. Kajian ini telah menunjukkan bahawa peruntukan Undang-undang Tatacara Mal yang diamalkan di Malaysia yang melibatkan proses pra perbicaraan, semasa perbicaraan dan pasca perbicaraan perlu kepada penambahbaikan untuk memastikan penyelesaian tuntutan fasakh dapat disegerakan dalam tempoh yang singkat tanpa mengenepikan prinsip-prinsip keadilan berlandaskan hukum syarak. Selain itu, kajian ini juga telah mengenal pasti pindaan-pindaan yang wajar dilakukan ke atas peruntukan sedia ada bagi membolehkan mahkamah syariah berperanan secara lebih efektif dalam melaksanakan keadilan terhadap wanita yang menjadi mangsa pengabaian dan penganiayaan daripada suami.

    Item Type: Thesis (PhD)
    Additional Information: Thesis (PhD) – Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya, 2019.
    Uncontrolled Keywords: Fasakh; Tatacara MAL; Undang-Undang Syariah; Perbicaraan; Kaedah memberi keterangan
    Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
    K Law > K Law (General)
    Divisions: Academy of Islamic Studies > Dept of Syariah & Law
    Depositing User: Mr Mohd Safri Tahir
    Date Deposited: 14 Aug 2023 02:14
    Last Modified: 14 Aug 2023 02:51
    URI: http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14678

    Actions (For repository staff only : Login required)

    View Item