Lalithambiai , Thanaraj (2014) Sejarah perkembangan Muzium Seni Asia Universiti Malaya, 1980-2011 / Lalithambiai Thanaraj. Undergraduates thesis, Universiti Malaya.
PDF (Academic Exercise (Bachelor’s Degree) Download (9Mb) |
Abstract
Muzium Seni Asia (MSA) yang berada di dalam kampus Universiti Malaya, Kuala Lumpur merupakan sebuah muzium yang unik dan berfungsi sebagai muzium universiti. Turnpuan utama muzium ini adalah untuk mempromosikan seni Asia dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Sebagai sebuah muzium universiti, Muzium Seni Asia cuba menyediakan bahan penyelidikan bagi pelajar, kakitangan universiti dan juga kepada orang luar yang mempunyai minat terhadap seni dan artifak. Muzium ini juga menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik untuk memasyarakatkan seni tanah air dan seni Asia. Kajian ini memperinci peranan Muzium Seni Asia dari segi perkembangan struktur organisasi dan aktiviti yang dijalankan untuk mempromosikan koleksi yang terdapat di muzium kepada masyarakat kampus dan orang luar antara tahun 1980 sehingga 2011. Kajian ini mengesan sejarah penubuhan Muzium Seni Asia; mengesan struktur pentadbiran muzium; perkembangan koleksi Muzium Seni Asia dan aktiviti yang dijalankan oleh Muzium Seni Asia untuk mempromosikan seni tanah air dan seni Asia.
Item Type: | Thesis ( Undergraduates) |
---|---|
Additional Information: | Academic Exercise (Bachelor’s Degree – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 2013/2014. |
Uncontrolled Keywords: | Muzium Seni Asia (MSA); Universiti Malaya; Seni; Artifak; Karya |
Subjects: | A General Works > AM Museums (General). Collectors and collecting (General) |
Divisions: | Faculty of Arts and Social Sciences > Dept of History |
Depositing User: | Mr Mohd Safri Tahir |
Date Deposited: | 04 Jul 2023 06:28 |
Last Modified: | 04 Jul 2023 06:28 |
URI: | http://studentsrepo.um.edu.my/id/eprint/14681 |
Actions (For repository staff only : Login required)
View Item |